KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Thursday, April 8, 2010

Jelajah Karyawan Pk ke Palembang-Bukittinggi dan Padang


Tawaran dibuka kepada sesiapa termasuk ahli Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk] untuk menyertai program Jelajah Karyawan Pk ke Palembang - Bukittinggi-Padang Sumatera pada 20 - 25 November 2010. Lawatan akan dipenuhi dengan kunjungan hormat, pertemuan penulis dua negara, baca puisi, mengunjungi lokasi sejarah / pelancongan, pusat beli belah, pusat pengajian tinggi, Kampung HAMKA di Padang Maninjau, Malim Kundang, Jambatan Siti Nurbaya, Pagar Ruyung, Batu Sangkar, Ngarai Sihanuk, Lubang Jepun dan sebagainya selama 5 Hari 4 Malam.

20.11.2010 - KLIA ke Palembang

22.11.2010 - Palembang ke Bukittinggi menaiki bas
24.11.2010 - Padang
25.11.2010 - Balik ke KLIA

Peserta lawatan diberi peluang menghasilkan karya dalam pelbagai genre yang disukai; sajak, cerpen, memoir (kenangan), rencana bergambar atau lukisan / lakaran mengenai pengalaman jelajah untuk dibukukan sebagai bahan dokumentasi.

Penyertaan terhad 40 orang sahaja. Keutamaan diberikan kepada yang mendaftar awal / mencukupkan bayaran lawatan sebulan sebelum bertolak. Bayaran dikenakan RM2000.00 bagi ahli Karyawan Pk dan RM2100.00 istimewa untuk bukan ahli. Bayaran ini termasuk tiket penerbangan (pergi dan balik), pengangkutan di Sumatera, makan-minum dan penginapan. Bayaran ansuran boleh dirundingi dengan Koordinator Lawatan.

Lawatan penulis yang julung kali diadakan bertujuan untuk menimba idea, pengalaman serta menghubungkan silaturrahim di kalangan penulis Malaysia-Indonesia. Jika berkesempatan kami akan menerbitkan antologi puisi dua buah negara serumpun karya penyair Malaysia-Indonesia sebagai kenangan sempena jelajah tersebut.

Kepada anda yang ingin mendapatkan borang dan keterangan lanjut silalah berhubung dengan Koordinator Lawatan merangkap AJK Karyawan Pk; Hjh Sabariah Bahari tel: 016-5634028; e-mel: sabariahbahari@yahoo.comatau Pn Shakirah Rashid 0129772250 e-mel: shakie_shasha@yahoo.com Jika anda inginkan borang penyertaan dan pembayaran melalui on-line sila layari http://karyawan2u.blogspot.com

Wednesday, April 7, 2010

Puisi Kepada Karyawan Pk




Jalurmu adalah jalur panjang
dengan ketabahan menjulang semangat
dengan keberanian membelah langit
engkau berkolek keikhlasan
harapan tak pernah terlerai
menepis duga merempuh perubahan
engkau tetap memaut kekebalan

Kekuatan bakal dihayati
tak terumbang ambing ditengah gelombang
kerana engkau tak lelah menembusi ombak kecewa
engkau santun mendakap maruah
engkau mekar mewangi dunia sastera
mengawasi keharuman yang mengapung
melarik mimpi ke arah hakiki.

SABARIAH BAHARI

Sunday, April 4, 2010

Sejarah Timoh


Sedikit maklumat untuk sesiapa yang ingin menulis puisi mengenai Timoh (sebutan orang kampung di situ); TEMOH berasal daripada nama dua batang anak sungai yang bertemu di sebuah pekan kecil dan bersebelahan perkampungan orang Melayu. Sungai itu lantas digelar Sungai Temu. Apabila British menjajah Tanah Melayu, pekan kecil ini dan perkampungan Melayu menerima kesan daripada Rancangan Briggs. Orang Melayu di pindahkan ke Kg Tanah Seribu ke dalam sedikit berdekatan Banir, kemudian perkampungan Melayu di Sg Temu dijadikan "New Village" mengumpulkan orang Cina yang dikawal oleh Inggeris. Oeh kerana telor (pelat) Inggeris tidak boleh menyebut "temu" maka digantikan dengan sebutan Temoh dan orang Melayu di situ enggan menyebut Temoh (telor Inggeris) sebaliknya mengekalkan sebutan hingga ke hari ini sebagai TIMOH. Peristiwa yang agak menarik jua mengenai Timoh ialah sekitar tahun 1903 M R.O Winstedt pernah menginap beberapa malam di Pekan Timoh mewawancara Pawang Ana (seorang penglipurlara zaman bahari); menantunya Mir hassan (tersohor dalam sejarah kesusasteraan Melayu lama) mngenai cerita Anggun Cik Tunggal dan Awang Sulung Merah Muda. Buku ditulis oleh R.O Winstedt tetapi ceritanya daripada Pawang Ana. Pada zaman silam hikayat ini amat popular dan dikaji ramai sarjana universiti tempatan. Sila lah menulis puisi mengenaii Timoh kelak kita akan bukukan sebagai dokumentasi. Dirgahayu Timoh pekan kecil lagi terpencil; aku membesar di situ!-Zabidin Hj Ismail

Antologi Puisi Timoh



SK Temoh (foto ) sudah berusia seratus tahun. Pada bulan Jun ini akan berlangsung sambutan merai umurnya setua itu. Kepada anak-anak Timoh atau sesiapa saya penyair tanah air dipelawa menyumbangkan sajak mengenai TEMOH untuk dibukukan dalam antologi puisi Timoh oleh Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk]. Sila emelkan ...karya dan biodata anda ke karyawanpk@gmail.com selewat-lewatnya 30 April 2010. -

Thursday, April 1, 2010

Kursus Kesusasteraan Masih Diperlukan Di Universiti - Raja Nazrin


KUALA LUMPUR: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini bertitah bahawa disiplin yang menambah kekayaan, dimensi dan pemahaman tentang kehidupan tidak perlu dikorbankan walaupun secara komersialnya pengetahuan yang berharga amat diperlukan.

Baginda bertitah sementara kursus-kursus bernilai komersial dan teknologi tinggi adalah penting, kursus yang kurang sedikit nilai-nilai komersial seperti kesusasteraan liberal dan kemanusiaan tidak patut diketepikan atau paling teruk ditutup.

"Ini berbahaya kerana kesusasteraan liberal dan kemanusiaan, jika pandangan saya tidak silap, juga merupakan komponen penting bagi pendidikan yang menyeluruh," titah Raja Dr Nazrin Shah dalam ucap utama pada pembukaan persidangan kemajuan Asia Pasifik bagi Majlis Kemajuan dan Sokongan Pendidikan (CASE) di sini.

Raja Nazrin, yang juga Pro-Canselor Universiti Malaya, bertitah ini merupakan masa yang amat mencabar bagi profesion kemajuan pendidikan bagi institusi-institusi pendidikan memandangkan krisis sedang mengancam untuk menimbulkan huru dengan kemampuan tertentu walaupun di kalangan institusi paling dihormati dalam urusan mengutip dana.

"Ia telah menelan sejumlah besar wang kekayaan yang akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina semula. Strategi yang inovatif amat diperlukan. Seperti kata Unesco 'institusi-institusi perlu bertindak lebih daripada usahawan," katanya.

Raja Nazrin bertitah sebelum ini Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) telah membangkitkan persoalan sama ada institusi-institusi pendidikan perlu dibiayai, sama ada oleh belanjawan awam atau sepatutnya lebih merupakan usaha swasta.

Baginda bertitah Lembah Silikon di California dan Research Triangle Park yang meliputi Raleigh, Durham dan Chapel Hill, yang pada masa ini merupakan pusat kemajuan dan penyelidikan berteknologi tinggi yang terkemuka di Amerika Syarikat, adalah di antara model terbaik bagi perkongsian dan kecemerlangan akademik sementara Warwick University di United Kingdom adalah antara institusi yang prolifik dalam melahirkan syarikat-syarikat yang bertahan lama.

Menurut Unesco, terdapat kira-kira 153 juta pelajar pendidikan tinggi di seluruh dunia pada 2007, yang mewakili peningkatan 50 peratus sepanjang tahun 2000.

Statistik juga menunjukkan bahawa lebih 2.8 juta penuntut dipilih untuk tinggal di luar negara masing-masing pada 2007 dengan penuntut dari China merupakan kumpulan terbesar dengan 421,000, diikuti oleh India (153,000) dan Korea Selatan (105,000).

Raja Nazrin bertitah destinasi utama adalah Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.

Baginda bertitah keadaan ini telah menjadikan pendidikan sebagai satu pasaran yang menguntungkan dengan negara-negara utama yang mengeksport pendidikan mengaut berbilion dolar setiap tahun.

Bagaimanapun, menurut baginda walaupun dengan kemasukan tunai, sejumlah besar isu tetap tidak dapat diselesaikan bagi negara-negara yang menghantar dan menerima termasuk prinsip 'user-pays' yang menyebabkan kurangnya pelaburan di dalam pendidikan.

"Ia menyebabkan satu bilangan yang agak besar bagi mereka yang mahu mendapatkan pendidikan peringkat tinggi tetapi tidak berkemampuan sementara terdapat mereka yang mampu mendapatkan pendidikan sedemikian tetapi tidak mempunyai insentif untuk melanjutkan pengajian, yang sekurang-kurangnya berkaitan dengan tahap kehendak sosial," titah baginda.

Raja Nazrin menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab para profesional kemajuan pendidikan untuk membantu mewujudkan satu persekitaran institusi yang membolehkan usaha itu dicapai sehingga sampai ke satu peringkat di mana kecemerlangan tidak perlu terjejas akibat kekangan kewangan. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.