KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Saturday, May 21, 2011

Wacana Siri Bercakap dengan Jin


Wacana Siri Bercakap dengan Jin (SBDJ) akan diadakan pada 20 Jun 2011 (Isnin) mulai 9.00 pg-5.00 ptg di Auditorium Jab. Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perak, Ipoh. Sebanyak 10 kertas kerja akan dibentangkan oleh sebilangan besar sarjana, meliputi pelbagai topik SBDJ karya Tamar Jalis seperti biografi Tamar Jalis (Zabidin Hj Ismail); Alam Bunian dan Jin dlm SBDJ (Prof Madya Dato' Paduka Dr Rosli Saludin); Teknik Naratif dan Memoir (Prof Madya Dr Talib Samat); Alam Nusantara dlm SBDJ (Dr Bazrul Bahaman); SBDJ: Pskilogi Spritual dari Sudut Sufi (Dr Mohd Affandy Yusof); Unsur-unsur Sejarah dlm SBDJ (Zamberi A. Malek); SBDJ: Sebuah Karya Sastera (Dr Shaharudin Shaari); Penilian Kritis Tentang Jampi, Petua dan Mantera dlm SBDJ (Mohd Paris Arshad); Kisah-kisah Benar dlm. SBDJ (Zainal Ariff bin Mat) dan Perubatan Tradisional dan Persilatan Melayu dlm SBDJ (Hj Ahmad Tajudin Arshad).

Wacana ini anjuran bersama Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk), DBP Wilayah Utara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perak dan Yayasan Perak.

Dalam pada itu Karyawan Pk bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Perak akan menjayakan Pameran SBDJ di ruang lobi Perpustakaan Awam Negeri, Ipoh mulai 16 Jun hingga 13 Julai 2011. Banyak gambar serta bahan mengenai Tamar Jalis akan dipamerkan.

Para peminat SBDJ adalah dijemput hadir. Masuk percuma.

Tuesday, May 3, 2011

Kemala Sasterawan Negara ke-11

foto: ehsan Malaysiakini


Penyair, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang dikenali dengan nama penanya, Kemala, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-11, yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengumumkannya berkata anugerah itu diberikan kepada tokoh sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata Sasterawan Negara itu akan menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000 dan penerbitan 50,000 naskhah atau kos cetakan karya penerima anugerah bernilai maksimum RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan dengan luas ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

"Sekretariat Anugerah Sastera Negara telah menerima sebanyak 14 pencalonan iaitu lima pencalonan baru sehingga tarikh tutup pencalonan pada 31 Mei tahun lalu.

"Sembilan calon daripada pencalonan terdahulu juga telah dipertimbangkan oleh panel penilai. Panel Penilai Anugerah Sastera Negara Ke-11 dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah bermesyuarat sebanyak tiga kali," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat akhir Anugerah Sastera Negara Ke-11, di Kementerian Pelajaran di Putrajaya.

Muhyiddin berkata tokoh yang dilahirkan di Gombak, Selangor itu mempunyai latar belakang kegiatan sastera yang luas, mula menulis sejak di bangku sekolah rendah lagi dan kini merupakan Sarjana Tamu di Universiti Putra Malaysia.

Katanya Kemala telah menghasilkan 11 buah buku kumpulan puisi, 25 buah antologi puisi, 10 buku kajian sastera, empat buku kumpulan cerpen, lapan buah antologi cerpen, empat buah drama, tiga buku cerita kanak-kanak dan lebih 50 esei dan kritikan sastera.

"Karya-karya tokoh ini bermutu tinggi, dalam daya renungnya, tinggi daya cipta dan daya rekanya serta mempunyai nilai estetika yang mengagumkan.

"Karya-karyanya terutama puisi bukan sahaja diminati dan menjadi ikutan kepada generasi baru malah diminati sama oleh sarjana dalam dan luar negara," katanya.

Muhyiddin berkata karya-karya Kemala terutama puisi telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa asing seperti bahasa Cina, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian.

Muhyiddin berkata tokoh itu mendapat banyak anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara antaranya Anugerah S.E.A Write Awards (1986) daripada kerajaan Thailand, Anugerah Pujangga daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

"Tokoh ini telah mengasaskan Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (1993) dan tradisi baca puisi di Malaysia yang dimulakan dengan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (1986).

"Gaya, sebutan dan rentak suara pembacaannya menjadi ikon dan ikutan generasi muda. Tokoh ini juga aktif membentangkan kertas kerja di dalam dan luar negara," katanya-Bernama

Karyawan Pk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Kemala kerana dianugerahkan Sasterawan Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

______
Nota: Karyawan Pk mencalonkan Suhaimi Hj Muhammad, seorang penyair tersohor tanah air.

Sunday, May 1, 2011

Kereta api jadi tempat membaca





oleh Saifullah Ahmad, Sinar Harian, Edisi Perak-2.5.2011

IPOH - Kereta api kini bukan pengangkutan awam semata-mata sebaliknya ia menjadi tempat membaca yang unik pada masa akan datang.

Presiden Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk), Zabidin Hj Ismail berkata, pihaknya memilih kereta api sebagai tempat program bagi memberikan kelainan dalam program-program melibatkan pembacaan.

Menurutnya, kelainan yang dicipta itu merupakan salah satu usaha Karyawan Pk bagi menarik minat pelbagai peringkat usia untuk membaca.

“Kita mahu minat membaca ini meningkat khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Sebab itulah kelainan ini dibuat.

“Kereta api sekarang ini sangat selesa. Jadi kami mahu sementara menunggu untuk sampai ke destinasi, mereka mengisinya dengan aktiviti membaca,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis Pelancaran Kembara Ilmu Siri Kedua oleh Pengurus Besar Yayasan Perak, Datuk Abdul Jamil Mat Kasa di Dewan di Stesen Kereta Api Ipoh, semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah program berkenaan, Sallehuddin Ibrahim dan Pengurus Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh, Sallehuddin Tajuddin.

Beliau berkata, pihaknya sangat gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh KTM untuk program berkenaan.

Menurutnya, seramai 20 keluarga terlibat dalam program itu yang bergerak menuju Kuala Lumpur bagi memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Pada masa akan datang kita akan melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan penulis yang lain untuk program seperti ini yang akan kita adakan setiap tahun.

“Selepas ini kita akan penuhkan keseluruhan gerabak kereta api ini dengan rombongan dari Perak ke Kuala Lumpur sempena pesta buku,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Stesen KTM Ipoh, Sallehuddin Tajuddin berkata, pihaknya mengalu-alukan program bermanfaat seperti itu.

Katanya, KTM akan terus memberikan sokongan untuk program-program membaca bagi memastikan tahap pembacaan rakyat Malaysia meningkat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.