Ini jawapannya tersiar dlm BH 20.3.14
KEAHLIAN
BORANG KEAHLIAN
SYARAT PENDAFTARAN AHLI:
1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)
2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)
3- Berusia 21 tahun dan ke atas.
4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055
(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )
5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com
(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com
6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.
BORANG KEAHLIAN
Wednesday, March 19, 2014
Monday, March 17, 2014
Barisan Kepimpinan Karyawan Pk bagi penggal 2014-2016
Presiden: Hj Zabidin Haji Ismail
Timbalan Presiden: Prof Dr Hj Muhammad Bukhari Lubis
Setiausaha Agung: Hj. Abdullah Shamsudin @ Onn Abdullah
Timbalan Setiausaha Agung: Shakirah Rashid
Bendahari: Anuar Mohd Yusof
Ahli-ahli Jawatankuasa: Prof Madya Dr Hj Talib Samat
Hjh Sabariah Bahari
Saodah Mat Lazim
Hj. Mohd Paris Arshad
Rosimah Buyong
Sallehuddin Hj. Ibrahim
Abdul Latif Hisham Samsuri @ Al Hisyam
Mansor Shah Dazelam @ M Shah
Mohd Noor Hamzah @ Ijamala MN
Auditor Dalaman: Jamaluddin Ahmed @ JJamal
Abdullah Abdul Rahman @ Tabir Alam
Monday, March 3, 2014
SELAMAT DATANG KE MAJLIS BACA PUISI TAWAS
Sesiapa yang ingin membaca sajak sila datang ke Majlis Baca Puisi Tawas pada Sabtu 15 Mac 2014 jam 9.00 malam di Dewan Serbaguna Kg Tersusun Tawas Tambahan, Ipoh, Perak. Ia diadakan sempena Malam Penghargaan Karyawan Pk dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-9 Persatuan Karyawan Perak. Sengaja dipilih lokasi pinggir bandar untuk memesrakan masyarakat bukan penyair terhadap sajak. Tiada tokoh penyair diundang melainkan jika sudi datanglah. Kami menerima kedatangan anda dengan tangan terbuka.
Salam hormat drp
Presiden Karyawan Pk.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Karya terkini
| Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad BoestamamAuthor : Zabidin Haji IsmailISBN : 978-983-100-439-5 Year Publish : 2010 Page Number : 160 Category : General | ||
Content Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel. Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik. |