KEAHLIAN
BORANG KEAHLIAN
SYARAT PENDAFTARAN AHLI:
1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)
2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)
3- Berusia 21 tahun dan ke atas.
4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055
(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )
5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com
(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com
6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.
BORANG KEAHLIAN
Showing posts with label Sajak. Show all posts
Showing posts with label Sajak. Show all posts
Wednesday, November 7, 2012
Kepergian sahabatku, Azim Saleh
Waktu
akhir-akhir ini
aku
sering teringat sahabat ku ini, Azim Saleh
yang sudah
lama tidak mendengar khabar beritanya
beberapa
kali aku hantar mesej sms tidak berjawab juga
ada dia
beritahu dahulu dia sakit jantung
semasa aku
bermalam di rumahnya di Rembau, bersama aku sekeluarga
sambil
memerhati Gunung Datuk yang berkabus di pagi hari
sungguh
banyak kenangan bersama-samanya
termasuk menyelenggarakan buku puisi Tsunami: Rakaman Sejarah Ngeri
juga
pernah ke Johor Bahru
menghadiri suatu konvensyen perpaduan Melayu
dengan
menaiki kereta Lotfi lsmail
sambil
berbual-bual dan bergurau senda
tiba-tiba
pada jam 12.20 malam Khamis, 7 November 2012
aku terima
panggilan telefon
daripada anak lelakinya
tentang
berita sedih kematian bapanya, Azim Saleh
atau
nama sebenarnya Salehuddin Ghazali yang sebaya
denganku
lima puluh
tiga tahun berlalu
hilang sudah
seorang lagi sahabat ku yang akrab
semasa aku merantau di Kuala Lumpur dan di Tanjong Malim
aku teringat
lagi dan masih basah dalam ingatan ku
dialah
yang menerbitkan buku drama ku; Subuh
semasa dia
bertugas di Kharisma Publications
dan juga
kenangan lain sewaktu berkunjung ke Kuala
Kangsar
pada tahun
1987
sewaktu
sama-sama menaiki kereta api ke Kuala Kangsar
berkhemah
sastera di tepi Sungai Perak
dan terlalu
banyak kenangan lain
yang penuh
suka duka dan pahit getir
semoga rohnya
ditempatkan bersama golongan orang yang beriman
dan
dimasukkan ke dalam syurga
al-Fatihah!
Talib Samat
Tanjong
Malim, Perak
7 November 2012
Tuesday, December 20, 2011
Malam Suara Kita

Terjawab sudah
derita
kembara sebuah harapan
dari keikhlasan dan keyakinan
... menempuh jua
segala kepayahan
menghimpun sejuta harapan
bersama bait bicara
dalam SUARA KITA
malam ini
bukti yang nyata
Karyawan Pk
menepati waktu
yang seakan pergi dan terlewat
tapi kegigihan
pasrah berkemampuan
jelas
antologi yang diimpikan
akhirnya menampilkan suaranya.
AL HISYAM,
Auditorium
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
IPOH,
19 DISEMBER 2011
Terjawab sudah
derita
kembara sebuah harapan
dari keikhlasan dan keyakinan
... menempuh jua
segala kepayahan
menghimpun sejuta harapan
bersama bait bicara
dalam SUARA KITA
malam ini
bukti yang nyata
Karyawan Pk
menepati waktu
yang seakan pergi dan terlewat
tapi kegigihan
pasrah berkemampuan
jelas
antologi yang diimpikan
akhirnya menampilkan suaranya.
AL HISYAM,
Auditorium
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
IPOH,
19 DISEMBER 2011
Sunday, July 4, 2010
KECIL ITU
dari tanah kosong yang akhirnya
terbina sebuah negara
dalam pengaruh dusta dan kekejaman
Luasnya dunia ini
tapi hakikat runcing binasa
hati dan perasaan entah di mana durjana
kita gagal membaham keangkuhannya.
AL HISYAM,
Grupemuisi Karyawan Pk.
Wednesday, April 7, 2010
Puisi Kepada Karyawan Pk
-
Jalurmu adalah jalur panjang
dengan ketabahan menjulang semangat
dengan keberanian membelah langit
engkau berkolek keikhlasan
harapan tak pernah terlerai
menepis duga merempuh perubahan
engkau tetap memaut kekebalan
Kekuatan bakal dihayati
tak terumbang ambing ditengah gelombang
kerana engkau tak lelah menembusi ombak kecewa
engkau santun mendakap maruah
engkau mekar mewangi dunia sastera
mengawasi keharuman yang mengapung
melarik mimpi ke arah hakiki. SABARIAH BAHARI
Subscribe to:
Posts (Atom)
Karya terkini
| Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad BoestamamAuthor : Zabidin Haji IsmailISBN : 978-983-100-439-5 Year Publish : 2010 Page Number : 160 Category : General | ||
Content Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel. Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik. | |||