Ini jawapannya tersiar dlm BH 20.3.14
KEAHLIAN
BORANG KEAHLIAN
SYARAT PENDAFTARAN AHLI:
1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)
2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)
3- Berusia 21 tahun dan ke atas.
4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055
(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )
5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com
(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com
6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.
BORANG KEAHLIAN
Wednesday, March 19, 2014
Monday, March 17, 2014
Barisan Kepimpinan Karyawan Pk bagi penggal 2014-2016
Presiden: Hj Zabidin Haji Ismail
Timbalan Presiden: Prof Dr Hj Muhammad Bukhari Lubis
Setiausaha Agung: Hj. Abdullah Shamsudin @ Onn Abdullah
Timbalan Setiausaha Agung: Shakirah Rashid
Bendahari: Anuar Mohd Yusof
Ahli-ahli Jawatankuasa: Prof Madya Dr Hj Talib Samat
Hjh Sabariah Bahari
Saodah Mat Lazim
Hj. Mohd Paris Arshad
Rosimah Buyong
Sallehuddin Hj. Ibrahim
Abdul Latif Hisham Samsuri @ Al Hisyam
Mansor Shah Dazelam @ M Shah
Mohd Noor Hamzah @ Ijamala MN
Auditor Dalaman: Jamaluddin Ahmed @ JJamal
Abdullah Abdul Rahman @ Tabir Alam
Monday, March 3, 2014
SELAMAT DATANG KE MAJLIS BACA PUISI TAWAS Sesiapa yang ingin membaca sajak sila datang ke Majlis Baca Puisi Tawas pada Sabtu 15 Mac 2014 jam 9.00 malam di Dewan Serbaguna Kg Tersusun Tawas Tambahan, Ipoh, Perak. Ia diadakan sempena Malam Penghargaan Karyawan Pk dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-9 Persatuan Karyawan Perak. Sengaja dipilih lokasi pinggir bandar untuk memesrakan masyarakat bukan penyair terhadap sajak. Tiada tokoh penyair diundang melainkan jika sudi datanglah. Kami menerima kedatangan anda dengan tangan terbuka.
Salam hormat drp
Presiden Karyawan Pk.
Friday, February 14, 2014
Semua dijemput hadir
Suhaimi Hj Muhammad seorang penyair mapan Malaysia yang telah menulis selama 60 tahun (1950-2010) terutamanya dalam genre puisi. Sejumlah 2000 sajak Suhaimi terangkum dalam empat aliran utama iaitu realisme, surealisme, mistikisme dan eksistensalisme manakala pemikiran yang diutarakan mengandungi empat aspek penting seperti keadilan sosial (1950-1959); kepincangan sosial (1960-1969); keagamaan (1970-1980) dan sufisme (1981-2010). Kesemua aspek tersebut terkandung dalam 33 buah antologi puisi perseorangan – Jalan Ke Kotaku (1959) hingga Denyutkan Jantungmu (2010). Beliau juga merupakan seorang pembaharu dalam puisi alam Melayu
Suhaimi Hj Muhammad seorang penyair mapan Malaysia yang telah menulis selama 60 tahun (1950-2010) terutamanya dalam genre puisi. Sejumlah 2000 sajak Suhaimi terangkum dalam empat aliran utama iaitu realisme, surealisme, mistikisme dan eksistensalisme manakala pemikiran yang diutarakan mengandungi empat aspek penting seperti keadilan sosial (1950-1959); kepincangan sosial (1960-1969); keagamaan (1970-1980) dan sufisme (1981-2010). Kesemua aspek tersebut terkandung dalam 33 buah antologi puisi perseorangan – Jalan Ke Kotaku (1959) hingga Denyutkan Jantungmu (2010). Beliau juga merupakan seorang pembaharu dalam puisi alam Melayu
(Zabidin Haji Ismail, 2010. Biografi Suhaimi Haji Muhammad: Satu Kajian Analisis Kandungan.
Kertas Kerja Seminar
Antarabangsa Suhaimi Hj Muhammad dan Malim Ghozali PK di Dewan Sri Tanjong,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak pada 5 Mac 2010 anjuran Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk], Jabatan
Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, UPSI dan Persatuan Penulis Budiman
[BUDIMAN])
Biodata
Suhaimi Haji Muhammad lahir di Kampong Kota Lama Kiri,
Kuala Kangsar, Perak pada 8 Februari 1934.
Bapanya; Haji Muhammad bin Hassan dan ibunya bernama Hajah
Darwiah binti Ya’akub. Dia merupakan anak kelima daripada lapan adik beradik. Pendidikannya bermula di Sekolah Melayu
Kuala Kangsar (1940-1945)
kemudian di Clifford School,
Kuala Kangsar sehingga darjah empat (1946-1948), Sekolah Melayu, Bukit Chandan (1949) sehingga lulus darjah enam Melayu dan sijil persekolahan agama
darjah enam Kerajaan. Kelulusan ini melayakkan beliau menjadi guru sekolah di
Kamunting (1950) kemudian ke sekolah Melayu Sungai Setar, Parit Buntar dan pada tahun 1951 dia memasuki Sultan Idris Trainning Collage (SITC), Tanjong Malim. Dia kembali mengajar sebagai guru terlatih pada tahun 1954 di Sekolah Melayu Padang Empang, Kuala Kangsar. Di samping mengajar dia
belajar sendiri sehingga lulus Senior Cambridge (1966).
Pada tahun 1967, dia menyambung
pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Anderson, Ipoh tetapi tidak sempat
menduduki peperiksaan Higher School
Certificate (HSC) kerana jatuh sakit. Namun begitu kerjayanya sebagai guru
diteruskan di Sekolah Menengah Menglembu, Ipoh (1966-1971). Pada tahun 1975, Suhaimi berhenti menjadi guru kerana memilih
jawatan Pembantu Pegawai Penyelidik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala
Lumpur sehingga bersara sebagai Pegawai Penyelidik Bahasa pada tahun 1989. Setelah bersara,
Suhaimi menjadi kontraktor kelas F dengan mengambil kontrak kerja pembaikan
pejabat-pejabat kerajaan di Kuala Lumpur antara tahun 1993 hingga tahun 1998. Pada
tahun 2001 Suhaimi mengambil keputusan meninggalkan kota kosmopolitan Kuala
Lumpur lantas kembali ke negeri asalnya, Perak dan
menetap di Lot 3971, Jalan Tempua, Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan Dua,
Gugusan Manjoi, Ipoh. Suhaimi menghabiskan sisa-sisa usianya berbakti kepada masyarakat dengan
menjadi bilal dan imam gantian di Surau Al-Ikhlasiah, Jalan Pemimpin, Gugusan
Manjoi, Ipoh, Perak Darul
Ridzuan sehingga jam 4.30 pagi 3 Januari
2014 usianya terhenti takat 80 tahun. Al-Fatihah buat Pak Su.
Atur Cara
8.45 pagi: Ketibaan para jemputan
9.00 pagi: Bacaan Puisi Belasungkawa
-Hj.
Abdullah Samsudin @ Onn Abdullah
(Requim
buat Suhaimi Hj Muhammad karya Zabidin Hj Ismail)
-Hjh
Sabariah Bahari
Tayangan Video Klip
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan;
YBhg. Dr Hj Zabidin Haji
Ismail
Presiden Persatuan
Karyawan Perak (Karyawan Pk)
Ucapan Perasmian;
YB Puan Nolee Ashilin
Binti Dato’ Mohd. Radzi
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak
merangkap Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Perak (MKNPk)
Penyampaian Cenderamata
Forum Suhaimi dan Karya
Moderator: Dr A Halim Ali
(UPSI)
Panel : Dr Hj
A Rahim Abdullah (ASWARA)
Mohamad bin Shaidan (DBP)
Dr Hj Shamsudin Othman (PENA)
Dr Hj Malim Ghozali Pk (IDR/Karyawan Pk)
Bacaan Puisi Belasungkawa
-Sallehudin Ibrahim
(Puisi di Rumah
Suhaimi Haji Muhammad [r.h])
-
Ijamala
MN
Merarau
1.00 ptg Bersurai
Monday, September 16, 2013
Buku Suara Kita yang unik akan dilancarkan di Putrajaya – suatu manifestasi patriotisme sempena bulan kemerdekaan ke-56 dan Hari Malaysia ke-50
Sambutan bulan kemerdekaan negara ke-56 dan perayaan Hari Malaysia ke-50
pada tahun ini memberi makna dan kesan yang mendalam kepada generasi akan
datang kerana manifestasi patriotisme oleh warga Malaysia masa kini terakam
dalam bait-bait puisi yang puitis, kemudian dikumpul dalam sebuah antologi
sajak yang amat tebal. Rakaman bertulis ini akan menjadi bahan rujukan betapa
rakyat jelata telah bersatu hati mencipta sajak semata-mata untuk menyatakan
kecintaan mereka terhadap tanah air sendiri yang telah melewati separuh abad
menikmati kemerdekaan dan kebebasan daripada belenggu penjajahan.
Antologi sajak itu diberi judul Suara
Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka adalah merupakan sebuah antologi sajak
tertebal di negara ini. Ketebalan ialah 1424 halaman. Malahan ia mencipta
sejarah tergolong sebagai kumpulan sajak pertama di Malaysia atau barangkali
juga di dunia yang berjaya mengungkap satu tema iaitu kemerdekaan negara
melalui garapan puitis seribu sajak yang ditulis seramai 519 penyumbang yang
terdiri daripada pelbagai status sosial, akademik, latar belakang, kepercayaan,
agama dan budaya.
Lantaran itu, kumpulan sajak ini berada dalam kelas tersendiri dalam arena
persuratan dan kesusasteraan kebangsaan kerana selain ketebalannya, ia adalah satu-satunya
antologi yang dijayakan oleh semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa daripada
tokoh negara hingga ke golongan pekerja dan suri rumah yang telah menyumbangkan
karya masing-masing.
Bagi mengambarkan keterlibatan semua lapisan masyarakat, kandungan antologi
tersebut telah dipecahkan mengikut kategori status masyarakat dalam sepuluh
segmen iaitu segmen A: Tokoh Negara, B: Agamawan, C: Ahli Politik, D: Anak
Merdeka, E: Sasterawan/ Penulis/ Wartawan, F: Penyair dari Seberang, G:
Mahasiswa/ Pelajar, H: Pegawai Kerajaan/ Pesara/ Swasta, I: Saudagar/ Ahli
Korporat dan J: Petani/ Suri Rumah/
Pekerja.
Antara penyumbang sajak termasuk TYT
Tun Abdul Rahman Abas, Gabenor Pulau Pinang, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak,
Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Dato’ Seri Diraja
Zambry Abdul Kadir, Sasterawan Negara Dato’ Dr Ahmad Khamal Abdullah (KEMALA),
Sasterawan Negara Dato’ Dr Baharudin Zainal (Baha Zain), Dato’ A Kadir Jasin,=
dan Dr Zurinah Hassan.
Di samping itu, buku tersebut turut merakamkan kronologi peristiwa negara
bermula pembukaan Melaka pada tahun 1400 Masihi sehingga tahun 2013 yang
mencatatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 untuk rujukan pembaca mengenai
rentetan sejarah penting yang telah berlaku di negara ini.
Seribu sajak merdeka yang dimuatkan dalam antologi ini telah dikumpulkan
dan disunting oleh Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) semenjak bulan Mac
2007 sempena 50 tahun kemerdekaan negara tetapi tidak dapat diterbitkan pada
tahun tersebut kerana halangan mendapatkan penaja untuk menampung kos cetak
yang agak mahal. Namun pada tahun ini
Jabatan Penerangan Malaysia bersetuju menerbitkan antologi ini sempena sambutan
ulang tahun kemerdekaan Negara ke-56 dan perayaan Hari Malaysia ke-50 dengan
tema Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.
Justeru buku ini akan dilancarkan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek,
Menteri Komunikasi dan Multimedia selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Bulan
Kemerdekaan ke-56 dan Perayaan Hari Malaysia ke-50 pada 19 September 2013 jam
10.00 pagi di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia,
Putrajaya.
Sesungguhnya, penerbitan buku Suara
Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka adalah medium manifestasi rakyat
Malaysia terhadap tanah airnya. Justeru buku ini adalah suatu khazanah sastera
negara yang memiliki keistimewaan dan kekuatan yang tersendiri di samping
penerbitan buku sajak yang pertama oleh Jabatan Penerangan semenjak jabatan
tersebut ditubuhkan pada tahun 1945.
Saturday, August 10, 2013
Penulis biografi perlu menulis kisah sebenar
Oleh OSMAN RANI YANG RAMLI
"JIKA
hendak menulis biografi, tulislah sebenar-benar kisah yang berjaya diselidiki,
bukan sekadar cerita-cerita muluk tokoh sahaja dipaparkan kerana pendekatan ini
akan menghasilkan sebuah biografi lemah dan masyarakat menerimanya sebagai
hiasan Hello Kitty sahaja", demikian kata Sasterawan Negara, Dr Muhammad Haji
Salleh.
Beliau
berkata demikian semasa membentangkan kertaskerjanya dalam Kursus Penulisan
Autobiografi, Biografi dan Memoir anjuran Karyawan Perak dan Akademi DBP di
Ipoh baru-baru ini. Turut hadir adalah Presiden Karyawan Perak, Haji Zabidin Hj.
Ismail dan timbalannya, Dr. Talib Samat.
Kursus dua
hari ini telah disertai seramai 60 peserta dari seluruh negara. Bukan sahaja
diikuti oleh penulis muda, malah penulis mapan yang telah menghasilkan beberapa
buah novel, cerpen dan puisi umpamanya turut menyertainya.
Ini
merupakan satu perkembangan yang baik. Sambutan diterima terhadap penganjuran
program ini telah merangsang Karyawan Perak untuk mengatur kursus dalam genre
yang lain pula pada bulan Oktober depan.
Ada banyak
ruang serta ramai tokoh-tokoh di negeri Perak khususnya yang boleh diselongkar
kisah perjuangan mereka, untuk dijadikan bahan bacaan dan penyelidikan bagi
generasi seterusnya. Seorang lagi
penceramah kedua, Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah UKM, Mohd Shamsudin, berkata,
untuk menghasilkan sebuah biografi yang berkesan dan boleh diterima ramai,
tokoh yang dipaparkan itu sewajarnya adalah tersohor dan mempunyai liku-liku
kisah hidup yang menarik, popular, kontroversi serta rentetan kejayaannya yang
dikagumi.
"Sudah
tentu sebaiknya tokoh yang dipilih itu satu watak yang sudah matang, sudah
teruji oleh zaman dan bukan tokoh muda yang baru memetik sinar bintang
kemasyhuran; umpamanya artis-artis muda, pemain bolasepak, bintang tenis malah
ahli politik yang ternampak popular tetapi baru sepenggal dalam Parlimen,"
tegasnya.
Ini kurang
sesuai sebab cerita besar mereka baru bermula, perjalanan hidup mereka masih
jauh dan ada berbagai kisah baru yang lain belum muncul lagi dan jika
dibiografikan hidangan yang masih mentah dan kurang menyelerakan.
Oleh itu,
baik Muhammad Haji Salleh mahupun Mohd Shamsudin, kedua-dua mereka
bersependapat sesiapa jua yang ada mempunyai cerita hidup yang menarik, boleh
dikongsikan menerusi penceritaan yang memikat walaupun mereka bukan tokoh
ternama.
Muhammad
memberikan contoh bagaimana seorang yang kurang dikenali, Micheal Odaantje
telah menghasilkan sebuah autobiografi yang menarik perhatian ramai, Running In
The Family, kemudiannya telah mengangkat nama Odantje menjadi terkenal.
Penulisan
memoir pula adalah pengkisahan riwayat hidup seseorang, yang diangkat secara
tidak mengikut rentetan yang lazim. Ia seperti ditebuk di sana sini, mencungkil
mana-mana kisah pengalaman hidup yang tidak menurut kronologi.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20130804/sa_03/Penulis-biografi-perlu-menulis-kisah-sebenar#ixzz2bZw7btLL
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)
Karya terkini
| Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad BoestamamAuthor : Zabidin Haji IsmailISBN : 978-983-100-439-5 Year Publish : 2010 Page Number : 160 Category : General | ||
Content Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel. Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik. | |||




