Kerajaan Negeri Perak yang diketuai YAB Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah meluluskan 4 perkara yang dimohon oleh Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk] ketika berucap merasmikan penutupan Seminar Antarabangsa Pemikiran Suhaimi Hj Muhammad dan Malim Ghozali Pk serta membuka gelanggang Malam Gema Puisi UPSI pada 6.3.2010 di Dewan Seri Tanjong, UPSI, Tanjong Malim. Teks ucapan beliau dibacakan oleh YB Zainol Fadzi Pakaruddin, Exco Kerajaan Negeri Perak. Keempat-empat perkara itu ialah;
- Mengadakan semula Hadiah Sastera Perak setiap dua tahun sekali anjuran Kerajaan Negeri dan dikelolakan oleh Karyawan Pk
- Menubuhkan Kursi Tengku Menteri di UPSI dana asas akan disediakan Kerajaan Negeri
- Membentuk Institut Penyelidikan Budaya Perak [Perakologi] di UPSI dan Kerajaan Negeri bersedia memberikan dana asas
- Membeli buku-buku karya Ahli Karyawan Pk sebanyak 10 tajuk seribu naskah setiap satu judul
Assalmualaikum.
ReplyDeleteAlhamdulillah...nampaknya pergerakan sastera di negeri Perak semakin berkembang.
Asalamualaikum:
ReplyDeleteTika persatuan penulis mulai berwajah suram & melangkah lemah ,tetapi KaryawanPK pula semakin menapak aktif dan menunjuk taring, pelan perancangan sentiasa diaktifkan-sokongan padu dari penulis mapan & para penulis tersohor(anak Perak)yg bermastautin di luar Perak sangat memberangsangkan.Semata2 mencintai KaryawanPK,mereka sedaya upaya sanggup menghadirkan diri di setiap aktiviti/mesyuarat agung KaryawanPK...bayangkanlah semangat mereka yg menyayangi KaryawanPK.Iya,justeru itulah KaryawanPk tetap mekar segar di persada dunia kesusasteraan .
Syabas KaryawanPK. Selangit terima kasih Tuan Haji Zabidin(Presiden KaryawanPK)-kerna Tuan adalah jiwa KaryawanPK.
Wasalam
PUISI KEPADA KARYAWANPK
ReplyDeleteJalurmu adalah jalur panjang
dengan ketabahan menjulang semangat
dengan keberanian membelah langit
engkau berkolek keikhlasan
harapan tak pernah terlerai
menepis duga merempuh perubahan
engkau tetap memaut kekebalan
Kekuatan bakal dihayati
tak terumbang ambing ditengah gelombang
kerana engkau tak lelah menembusi ombak kecewa
engkau santun mendakap maruah
engkau mekar mewangi dunia sastera
mengawasi keharuman yang mengapung
melarik mimpi ke arah hakiki.