KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Monday, May 31, 2010

Pemikiran tokoh sasterawan Ahmad Boestamam


Ulasan oleh Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin

Mungkin ramai tidak mengenali siapa Abdullah Sani Raja Kechil yang lahir kira-kira 90 tahun dahulu di Kampung Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak. Namun, jika disebut Ahmad Boestamam maka kebanyakan kita pasti tahu siap sebenarnya tokoh itu.

Ahmad Boestamam adalah nama ciptaannya yang tersohor serta cukup sinonim dengan sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air, apatah lagi di bidang kesusasteraan Melayu moden.

Boestamam, seperti diketahui umum merupakan seorang tokoh politik berhaluan kiri yang radikal di negara ini kerana penglibatan aktifnya dalam kancah perjuangan politik tanah air pada zaman pra dan pasca merdeka.

Tokoh sasterawan ini menjadikan novel sebagai medium bagi menonjolkan fahaman dan cita-cita politiknya ketika itu.

Untuk melihat pemikiran politik tokoh ini, pengarang buku, Zabidin Haji Ismail menganalisis 10 buah novel hasil karya Boestamam dari tahun 1956 hingga 1969.

Karya itu adalah Gelap Menjelang Terang (1956), Kabus Pagi (1958), Pacar Merah Melaya (1959), Lorong Seribu Liku (1964), Garis Hitam Membelah Langit (1966), Konfrantasi (1967), Sorong Makan Tarik Makan (1967), Ali Sastro (1968), Malam Tiada Bintang (1968) dan Rumah Kaca Digegar Gempa (1969).

Teks novel itu dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh pada zamannya.

Melalui pengalaman dan penglibatan dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel-novel tulisannya.

Menurut pengarang, penampilan pemikiran politik itu mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme.

Ketiga-tiga aspek itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel-novelnya.

Pengarang mendapati tokoh itu lebih tertarik membela masyarakat miskin kerana golongan elit dan bangsawan dikatakan menggunakan kedudukan, pendidikan serta status- quo mereka untuk berkompromi dengan Inggeris dari segi mendapatkan kemerdekaan walaupun penjajah itu sendiri bertekad untuk terus menjajah negara ini.

Justeru, beliau berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan dan menentang Inggeris mahupun Jepun melalui tiga bidang iaitu politik, kewartawanan dan penulisan sastera.

Buku setebal 148 ini dibahagikan kepada enam bab dengan bab pertama mengandungi biografi tokoh itu. Bab ini mengisahkan sejarah kelahiran dan latar belakang pendidikan, penglibatan dalam dunia kewartawanan dan politik serta sebagai nasionalis Melayu pada zamannya.

Ketika berkhidmat dengan Utusan Melayu Singapura (1941) semangat untuk berpolitik kian berkembang kerana dorongan Ishak Muhamad (Pak Sako) yang juga wartawan di syarikat itu.

Dalam bab dua, pengarang cuba merungkai hubung kait Ahmad Boestamam dengan pemikiran politik yang digarap dalam novel-novelnya.

Pemikiran politik tokoh itu dari aspek nasionalisme dibincangkan dalam bab tiga termasuk semangat nasionalisme dalam konteks perjuangan politik tanah air orang-orang Melayu.

Menariknya, Ahmad Boestamam menyanggah nasionalisme yang berasaskan bangsa kerana berkeyakinan bahawa kewujudan sebuah negara bangsa Malaya adalah berasaskan kesepaduan bangsa pelbagai ras.

Dalam bab empat, pengarang mendapati tokoh itu mempunyai bakat dan kepakaran dalam melahirkan mesej antikolonialisme dengan cara memanipulasikan karya sastera terutamanya genre novel dalam menyalurkan pemikiran politik kepada masyarakat.

Beliau menggunakan teknik penulisan bersifat propaganda, metafora, provokatif dan jelmaan watak pengarang terhadap penjajah Inggeris manakala bersifat keras, lembut dan provokatif kepada Jepun.

Dalam bab berikut, pengarang membincangkan aspek sosialisme yang menjadi fahaman politik Ahmad Boestamam dalam menawarkan satu bentuk pemikiran sosiopolitik pilihan kepada negara khususnya semasa kancah kolonial dan awal pasca merdeka.

Menurut pengarang, mesej sosialisme yang diketengahkan itu menggunakan cara informatif dan komprehensif sifatnya sehingga menghilangkan nilai-nilai estetika yang sepatutnya dititikberatkan dalam sebarang penciptaan karya cereka seperti novel.

Namun, pengarang berpendapat cara itu terpaksa digunakan kerana untuk menimbulkan impak kepada pembaca supaya mereka dapat mengetahui senario sosiopolitik pada waktu itu sebelum memahami mesej sosialisme yang disampaikan.

Karya ini wajar menjadi bahan bacaan dan rujukan masyarakat yang ingin mendalami ilmu mengenai pemikiran politik Ahmad Boestamam dalam genre novel.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai buku ini, layari laman web Penerbit Universiti Malaya di http://umpress.um.edu.my.

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

(sumber: Utusan Malaysia 31 Mei 2010)

Monday, May 17, 2010

Timoh Tasik Kenangan


Buku terkini terbitan Karyawan Pk yang bakal dilancarkan pada 14 Jun 2010 sempena perayaan Jubli Perak seratus tahun SK Temoh (1907-2007). Buku ini adalah kumpulan puisi bertemakan TEMOH, sebuah pekan kecil yang bersejarah; lokasi pertemuan Tokoh Penglipur Lara Melayu, Pawang Ana dengan orientalis Barat bernama R.O Winstedt pada tahun 1903 sekaligus terakamnya cerita mitos kesusasteraan Melayu kuno iaitu Anggun Cik Tunggal, Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat Malim Deman. Dirgahayu Timoh!

Sunday, May 16, 2010

Gema puisi UPSI


Rahimidin Zahari


UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memang terkenal dengan sejarah penglibatannya dalam dunia sastera tanah air.

Di sinilah sastera negara dibiak cambah termasuk melahirkan nama-nama besar dalam bidang itu.

Walaupun ia asalnya ditubuhkan oleh penjajah Inggeris dengan nama Sultan Idris Training College (SITC) ia telah menjadi medan melahirkan penulis yang juga pejuang.

Biarpun bertukar nama kepada Maktab Perguruan Tanjung Malim (MPSI) kemudiannya UPSI tradisi sastera di institusi ini tetap kekal.

Antara nama yang lahir dari asuhan institusi ini ialah seperti Kemala, Masuri SN, Suratman Markasan, Suhaimi Muhammad, A. Wahab Ali dan Rahman Shaari.

Selari dengan tradisi itu, baru-baru ini Malam Gema Puisi UPSI telah diadakan di Dewan Sri Tanjung, universiti itu dengan

Ia yang dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk], Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu UPSI serta Persatuan Penulis Budiman (Budiman) disertai kira-kira 150 pelajar UPSI.

Majlis itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran wartawan yang juga pengacara TV3, Ahmad Fetri Yahya dan Zakiah Anas sebagai pengacara.

Dekan Fakulti Bahasa UPSI, Dr. Abdul Ghani Abu, berkata, majlis itu merupakan kesinambungan tradisi UPSI dalam memperjuangkan aktiviti sastera tanah air.

Oleh itu katanya, kegiatan seperti itu perlu terus di semarakkan bagi mendekatkan warga UPSI dengan penyair tanah air.

Exco Kebudayaan, Kesenian, Belia Dan Sukan Negeri Perak, Zainol Fadzi Paharuddin turut tampil mendeklamasi sajak karya Malim Ghozali PK bertajuk Terima Kasih Tuhanku.

Malah Zainol Fadzi turut mengumumkan sumbangan 1,000 naskhah bagi setiap judul buku yang dilancarkan pada malam itu oleh kerajaan Perak.

Buku terbabit ialah Apabila Malam Semakin Malam karya Suhaimi Muhammad; Kumpulan Puisi Merindu Alam (Ihsan Noorzali), Naratologi Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad (Talib Samat); Kenali Tokoh Berjasa Jilid 1 (Talib Samat); Perjuangan Mengantarabangsakan Tengku Menteri Ngah Ibrahim (selenggaraan Talib Samat) dan Pemikiran Politik Dalam Novel-novel Ahmad Boestamam (Zabidin Hj Ismail).

Selain sumbangan oleh kerajaan Perak yang menceriakan industri sastera negara ini, Malam Gema Puisi UPSI di semarakkan oleh deklamasi bersemangat dan bertenaga oleh para deklamator yang mengambil bahagian.

Salmiah Ismail dengan dengan puisi Sehelai Daun dan Andainya Engkau Bangkit Kembali membuka gelanggang dan diikuti Shamsudin Othman yang mendeklamasikan Percakapan Kepada Seorang Al-Amin.

Marsli NO pula mengajak hadirin menilai diri dan kejujuran melalui setiap yang diungkapkan melalui Di Negeri Kata.

Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu UPSI, Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin turut tampil den, menggegarkan dewan dengan bacaan teromba, Bersatu Teguh Bercerai Roboh.

Ratnawati Jamil menyampaikan lagu puisi Hujan Di Limun Pagi karya Malim Ghozali PK diiringi petikan gitarnya juga cukup menghiburkan.

Turut mendendangkan lagu puisi ialah Mohd. Hairul Adeli Namaran, Mohd. Azrul Isnirul dan Mohd. Shafri Sakin berjudul Merindu Alam dan Benarkah Laut Itu Biru.

Suhaimi Muhammad yang merupakan bekas pelajar UPSI dan tokoh sastera Perak sempat mengimbau kembali kenangan sewaktu belajar sebelum mendeklamasi sajak Apabila Malam Semakin Malam dan Di Pelabuhan.

Prof. Dr. Abdul Rahman Napiah atau Mana Sikana turut tampil dengan Memanjang Usia dan Zaiton Ajmain pula menampilkan Cerita Katak, Ketam dan Sesumpah.

Turut berpuisi pada malam itu ialah SM Zakir dengan Puisimu selain Rahimidin Zahari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.