KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, March 31, 2010

Barisan Kepimpinan Karyawan Pk 2010-2012


Mesyuarat agung dwi tahunan kali ke- 7 yang berlangsung di Hotel Fyvoeight Resources, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor pada petang 20 Mac 2010 telah memilih barisan kepimpinan Karyawan Pk seperti berikut:


Presiden: Hj Zabidin Hj Ismail
Tim. Presiden: Dr Talib Samat
Setiausaha Agung: Onn Abdullah
Bendahari: Mohd Anuar Yusof
Tim. S/U Agung: Hj Mohd Sabri Ibrahim


Ahli Jawatankuasa:

Prof Dr Bukhari Lubis
Hjh Sabariah Bahari
Chai Loon Guan
Ramli Daud
Roshimah Buyong
Shakirah A. Rashid
Hjh Hanifah Ibrahim
Saudah Mat Lazim
Sallehudin Ibrahim

Pemeriksa kira-kira;

Mohd Paris Arshad
Norsiah Hashim


Penasihat (dilantik) ; Tuan Mokhtar Hj Mansor
(Bekas Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah
Pengasas Karyawan Pk dan Pencipta Kaedah Mokhdar)

Saturday, March 27, 2010

Pertemuan Karyawan Perak gah dan bergaya!


Semenjak petang 19 hingga tengah hari 21 Mac 2010 Hotel Fyvoeight Resources, bandar Country Homes, Rawang, Selangor sibuk dan meriah menerima kunjungan para penulis tanah air serta digamatkan pula dengan kehadiran lapan puluh mahasiswa UPSI bagi menjayakan program besar Karyawan Pk berjudul Pertemuan Karyawan Perak yang julung kali diadakan di luar negeri Perak. Fyvoeight Resources selaku pengendali Kaedah Mokhdar telah menaja banyak kemudahan sehingga program ini berjalan lancar. Pemiliknya, sdr Mokhtar Hj Mansor (foto) yang juga pengasas Karyawan Pk dan pencipta Kaedah Mokhdar turut memberikan komitmen tinggi sehingga terbitnya dua buah buku iaitu Imbasan Sejarah Karyawan Pk dan Kaedah Mokhdar Satu Himpunan Kenangan suntingan sdr Zabidin Hj Ismail (Presiden) dan Antologi Puisi Kaedah Mokhdar "Mutiara Akal" selenggaraan Dr Talib Samat (Timbalan Presiden) yang menarik dan berprestij.


Penulis terkenal tanah air

Di pertemuan terbesar ini banyak acara telah dijalankan termasuk pelancaran buku, pembentangan kertas kerja, majlis baca puisi, forum penulis serta Mesyuarat Agung Dwitahunan ke-7 di samping menjalin semula silaturrahim di kalangan ahli dan penulis terkenal tanah air. Antara yang hadir di pertemuan tersebut ialah Prof Dato' Dr Othman Yatim dan isteri, Datuk Jaafar Rahim dan isteri, Prof HM Bukhari Lubis, Suhaimi Hj Muhammad, Malim Ghozali Pk, Dr Wahid Kasran, Ahmad Sarju, SM Zakir, Mohamad Daud Mohamad, M Saleh Mahyat, Chai Loon Guan, Dr Talib Samat, Ijamala MN , Raja Yusof Ariffin, Sabariah Bahari, Onn Abdullah, Hanifah Hj Ibrahim, Sallehhudin Ibrahim, Saudah Mat Lazim, Sabri Hj Ibrahim, Shakirah Abdul Rashid, Ramli Daud dan lain-lain.

Nostalgia

Tiga hari acara berlangsung dengan penuh tertib dan santun cukup mengimbau nostalgia namun beberapa penulis yang sama-sama berjuang menubuhkan Karyawan Pk pada tahun 1992 yang lampau tidak dapat datang jelas terasa kekurangannya- Abu Bakar Sidek Hashim, Idris Mohd Noor, Jamaludin Ahmad adalah antara pengasas yang sudah lama tak jumpa.

Friday, March 12, 2010

Karya terkini



Karyawan Pk akan melancarkan buku-buku baharu ahli-ahlinya pada 20.3.2010 jam 8.30 malam di Dataran Fyvoieght Resources, Bandar Country Homes, Rawang Selangor sempena program Pertemuan Karyawan Perak. Selepas ini dikuti dengan persembahan sketsa Kaedah Mokhdar dan baca puisi Kaedah Mokhdar menerusi antologi puisi Mutiara Akal. Turut memeriahkan majlis pelancaran buku nanti ialah seramai 80 mahasiswa UPSI di samping sdr Mokhtar Hj Mansor, Pencipta Kaedah Mokhdar, Presiden Karyawan Pk, Sdr Zabidin Hj Ismail serta Datuk Jaafar Abdul Rahim (Tokoh Pemikiran Lateral), Datuk Paduka Dr Rosli Saludin (Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu, UPSI), Prof. Dr HM Bukhari Lubis (Timbalan Presiden Karyawan Pk), Dr Talib SamatAnda dijemput hadir sama.

Wednesday, March 10, 2010

Hadiah Sastera Perak diwujudkan semula



Kerajaan Negeri Perak yang diketuai YAB Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah meluluskan 4 perkara yang dimohon oleh Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk] ketika berucap merasmikan penutupan Seminar Antarabangsa Pemikiran Suhaimi Hj Muhammad dan Malim Ghozali Pk serta membuka gelanggang Malam Gema Puisi UPSI pada 6.3.2010 di Dewan Seri Tanjong, UPSI, Tanjong Malim. Teks ucapan beliau dibacakan oleh YB Zainol Fadzi Pakaruddin, Exco Kerajaan Negeri Perak. Keempat-empat perkara itu ialah;
  • Mengadakan semula Hadiah Sastera Perak setiap dua tahun sekali anjuran Kerajaan Negeri dan dikelolakan oleh Karyawan Pk
  • Menubuhkan Kursi Tengku Menteri di UPSI dana asas akan disediakan Kerajaan Negeri
  • Membentuk Institut Penyelidikan Budaya Perak [Perakologi] di UPSI dan Kerajaan Negeri bersedia memberikan dana asas
  • Membeli buku-buku karya Ahli Karyawan Pk sebanyak 10 tajuk seribu naskah setiap satu judul
Karyawan Pk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada YAB Dato' Seri kerana sudi meluluskan permohonan tersebut. InsyaAllah satu rombongan AJK KaryawanPk bersama-sama kertas konsep akan mengunjungi Dato' Seri tidak lama lagi.

Thursday, March 4, 2010

Pertemuan Karyawan Perak di Rawang



Semua Ahli Karyawan Pk dan para penulis tanah air dijemput menyertai program ini. Sila hubungi

Justify Full

Hj Zabidin (foto) di talian 012-5070513 untuk keterangan lanjut.


Program : Pertemuan Karyawan Perak

Tarikh: 19-21 Mac 2010

Tempat: Hotel Fyvoeight Resources (SA0001962)

No. 23 & 25, Jalan Pusat BCH 1/3 Country Homes, 48000 Rawang Selangor Darul Ehsan

Anjuran Bersama: Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk] ; Pusat Latihan Kaedah Mokhdar; Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara.


Atur cara


JUMAAT

19 MAC 2010

6.00 ptg Tiba di Hotel Fyvoeight Resources, Country Homes, Rawang

(Check-Inn dan Taklimat Urus Setia)

7.30 mlm Solat Maghrib

Tahlil dan Doa Selamat

Solat Isyak

Makan Malam

SABTU

20 MAC 2010

8.00 pg Sarapan

9.00 pg Pendaftaran peserta

9.30 pg Sekapur Sirih;

Tuan Mokhtar Hj Mansor

(Pengasas Karyawan Pk dan Pencipta Kaedah Mokhdar)

10.00 pg Demontrasi Kaedah Mokhdar

10.45 pg Kertas Kerja I – Imbasan Sejarah Karyawan Pk dan Kaedah Mokhdar Satu Himpunan Kenangan

oleh Zabidin Hj Ismail

(Presiden Persatuan Karyawan Perak)

11.30 pg Kertas Kerja 2 –Pemikiran Bahasa dan Sastera dalam

Kaedah Mokhdar

Oleh

Y.Bhg. Datuk Jaafar Abdul Rahim (Ahli Seumur Hidup Karyawan Pk / Tokoh Pemikiran Lateral Malaysia)

Penyampaian cenderamata

12.45 th Merarau

2.30 ptg Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke-7

4.00 ptg Kudapan

5.00 ptg Riadah / Rehat

8.45 mlm Majlis Pelancaran Buku Karya Anggota Karyawan Pk

Kumpulan puisi Mutiara Akal (Karyawan Pk:

selenggaraan Dr Talib Samat)

Kumpulan puisi Kasidah Nurani (Karyawan Pk: Onn Abdullah)

Kumpulan cerpen Pelanggaran Mimpi (Karyawan Pk: Ramli Daud)

Novel remaja Memori Cinta ( Pekan Ilmu: Anuar Mohd Yusof)

Novel Gurindam Jiwa (Rosimah Buyung)

Kritikan sastera Naratologi Shahnon Ahmad (DBP:Dr Talib Samat)

Kritikan sastera Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

(Penerbit Universiti Malaya: Zabidin Hj. Ismail)

Esei Imbasan Sejarah Karyawan Pk dan Kaedah Mokhdar Satu Himpunan Kenangan (Karyawan Pk: suntingan Zabidin Hj. Ismail)

Persembahan Sketsa Kaedah Mokhdar

Bacaan Puisi

(Fokus: Antologi Puisi Kaedah Mokhdar: “Mutiara Akal”

selenggaraan Dr Talib Samat Oleh Pelajar-pelajar UPSI

AHAD

21 MAC 2010

8.00 pg Sarapan

9.00 pg Forum Penulis:

Memperkasa Badan Penulis dalam Kemajuan Bahasa dan Sastera Kebangsaan

Moderator: YBhg Datuk Jaafar Abdul Rahim

Ahli Panel: i) Prof Dr HM Bukhari Lubis

(Timbalan Presiden Karyawan Pk)

ii) Sdr Mohd Daud Mohamad (Ketua Satu KALAM)

iii) Sdr SM Zakir (Setiausaha Agung PENA)

iv) Tuan Haji Ahmad Sarju (KEMUDI

12.00 th Merarau

12.30 th Lawatan ke Pesta Buku Kebangsaan di PWTC, Kuala Lumpur

4.00 ptg Bertolak balik ke Ipoh

hz/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.