KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Monday, January 28, 2013

MAJLIS PELANCARAN BUKU DAN BACA PUISI MENARA CONDONG TELUK INTAN

Majlis Pelancaran Buku dan Baca Puisi Menara Condong Teluk Intan akan diadakan pada 2 Februari 2013 jam 9.00 pagi di Dataran Menara Condong. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Dato Hj Ibrahim Ahmad dijangka akan melancarkan buku Menara Condong Teluk Intan (MCTI) karya Zabidin Hj Ismail terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) merupakan bahan dokumentasi berbentuk buku pertama dihasilkan mengenai Menara Condong yang telah berusia 127 tahun itu.

 Selain pelancaran, program akan dimeriahkan oleh bacaan puisi Menara Condong oleh beberapa penyair terkenal tanah air seperti Dr Ahmad Razali, Ahmad Sarju, Kasajiza AS, Malim Ghozali Pk, Ijamala MN, Onn Abdullah serta turut mengambil bahagian ialah Kelab Penyair dan Deklamator GAPENA yang terdiri dari Azmi Ismail (Juara Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan 2012) dan Norazimah Abu Bakar. 

 Di samping itu sebelum pelancaran buku, Presiden Persatuan Karyawan Perak yang juga pengarang buku tersebut, Zabidin Hj Ismail akan mengisahkan sejarah MCTI yang telah dibina pada tahun 1885 itu.

 Menyentuh tentang penerbitan buku tersebut, Zabidin mengambil masa dua belas tahun menyelidiki sejarah menara itu ketika beliau bertugas di Jabatan Penerangan Teluk Intan (1989-2002). Buku itu mengandungi lapan bab yang antara lain berkaitan sejarah pertukaran gelaran "Jam Tinggi" kepada "Menara Condong" serta bab perihal Menara Condong Teluk Intan disifatkan menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali. 

 Beliau yang kini berkhidmat di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia di Putrajaya berharap buku tersebut dapat dijadikan bahan promosi agar Menara Condong Teluk Intan dikenali ramai di peringkat antarabangsa dan di waktu yang sama dapat menarik para pelancong berkunjung ke Malaysia dan Teluk Intan. Kepada peminat buku, ITBM akan mengadakan jualan langsung MCTI di tapak program. 

 Program yang terbuka kepada awam ini dapat mengembalikan ingatan silam terhadap majlis "Malam Puisi Menara Condong" pada 10 Disember 1994 yang mencatatkan sejarah apabila Pegawai Daerah Hilir Perak, Mustapha Saat (kini; Dato') mengisytiharkan bangunan purba itu sebagai Menara Condong Teluk Intan" sekali gus meletakkannya sebagai menara condong kedua di dunia.

Tuesday, January 1, 2013

Cerita rakyat Perak akan dibukukan





http://www.utusan.com.my/pix/2012/1231/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_23.1.jpg
Hamidah Osman (empat dari kiri) bersama penulis-penulis buku pada majlis Pelancaran 30 Buku Penulis Perak sempena Pesta Buku Perak 2012 di Mydin Hypermarket Meru Raya, Ipoh, semalam.
IPOH 30 Dis. - Kerajaan negeri melalui Tourism Perak akan membukukan lebih 100 cerita rakyat dari 10 daerah di negeri ini untuk dijadikan bahan rujukan kepada pelancong dalam dan luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman berkata, koleksi cerita rakyat yang dikumpul oleh mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dijangka diterbitkan awal tahun depan.
"Kita sudah ada semua bahannya cuma untuk dicetak dalam bentuk buku dan diedarkan secara percuma. Persatuan Karyawan Perak juga telah mengedit dari segi bahasanya.
"Untuk cetakan pertama, kita akan buat dalam 15,000 naskhah dan kita merancang memasukkan kompilasi cerita rakyat membabitkan komuniti Cina dan India bagi penerbitan seterusnya," katanya selepas menyempurnakan majlis penutup Pesta Buku Perak 2012 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANP), Mohamad Nazari Abdul Hamid dan Presiden Persatuan Karyawan Perak, Zabidin Hj. Ismail.
Pesta buku anjuran PPANP yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu berjaya menarik kira-kira 30,000 pengunjung.
Sempena majlis tersebut, Hamidah turut melancarkan 25 buku pelbagai genre hasil karya penulis negeri Perak.
Dalam pada itu, Hamidah berkata, sebuah galeri sudut kekal di Perpustakaan Awam Negeri akan dibuka bagi menempatkan buku-buku karya penulisan anak Perak berserta biografinya.
Sehubungan itu katanya, pihaknya akan menyumbang dana sebanyak RM10,000 untuk pembelian buku-buku penulis Perak bagi ditempatkan di galeri berkenaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.