Sempena Majlis Pelancaran Buku Menara Condong Teluk Intan (MCTI) karya Zabidin Hj Ismail pada 2 Februari 2013, sesi pengisahan MCTI dan Baca Puisi MCTI turut diadakan. Pengisahan MCTI telah disampaikan oleh penulis merangkap Presiden Karyawan Pk, Zabidin Hj Ismail manakala baca puisi telah disemarakkan oleh penyair dan deklamator Kelab Penyair dan Deklamator GAPENA. Mereka terdiri M Ghozali Pk, Borhan Md Zin, Zainal Abas @ Kasajiza AS, J.Jamal, Onn Abdullah, Sabariah Bahari, Shakirah Rashid, Ijamala MN, Asmira Suhadis, Lily Siti Multatuliana, Othman Rasul, Sallehudin Ibrahim, Norazimah Abu Bakar, Azmi Ismail, Amran Ibrahim Rashidi dan Zabidin Hj Ismail yang membacakan puisi beliau berjudul Teluk Intan Bandar Menara Condong.
KEAHLIAN
BORANG KEAHLIAN
SYARAT PENDAFTARAN AHLI:
1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)
2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)
3- Berusia 21 tahun dan ke atas.
4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055
(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )
5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com
(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com
6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.
BORANG KEAHLIAN
Showing posts with label Buku Menara Condong Teluk Intan. Show all posts
Showing posts with label Buku Menara Condong Teluk Intan. Show all posts
Sunday, February 10, 2013
Lensa Pelancaran Buku Menara Condong Teluk Intan
Lensa Majlis Pelancaran Buku Menara Condong Teluk Intan (MCTI) karya Zabidin Haji Ismail terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di Dataran Menara Condong Teluk Intan pada 2 Februari 2013 jam 9.00 pagi. Pelancaran disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Teluk Intan Tuan Ayob Shahadan Abdul Rani yang mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, YBhg. Dato' Hj Ibrahim Ahmad.
Turut hadir ialah Dato' Hjh Zainon Abu Mansor, Ketua Wanita UMNO Bhg. Teluk Intan, Mantan Ketua Satu Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk- 1996-2002), Ustaz Kamarudin Mohd Dani, Pengerusi Yayasan Koloni Karyawan Amanjaya (PORT), Hj Malim Ghozali Pk., Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Perak, Mohd Yusuf Najmi, dan Timbalan Pengerusi MAPPIM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Jelajah Anak Malaysia peringkat Daerah Hili Perak, Hj Ayob Mohammad termasuk penyair / penulis/ deklamator sajak tanah air seperti Zainal Abas @Kasajiza AS, Borhan Md Zain, Othman Rasul, Ijamala MN, Sabariah Bahari, Ramli Daud, Dr Talib Samat, Onn Abdullah, JJamal, Anuar Mohd Yusof, Shakira Rashid, Sallehudin Ibrahim, Rosimah Buyong, Azmi Ismail, Norazimah Abu Bakar, Amran Ibrahim Rashidi, Asmira Suhadis serta penyair Jakarta, Dr. Hjh Lily Siti Multatuliana dan Kelab Penyair dan Deklamator GAPENA.
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) turut hadir mempamer serta menjual buku MCTI dengan mendapat sambutan hangat sekali.
Monday, January 28, 2013
MAJLIS PELANCARAN BUKU DAN BACA PUISI MENARA CONDONG TELUK INTAN
Majlis Pelancaran Buku dan Baca Puisi Menara Condong Teluk Intan akan diadakan pada 2 Februari 2013 jam 9.00 pagi di Dataran Menara Condong. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Dato Hj Ibrahim Ahmad dijangka akan melancarkan buku Menara Condong Teluk Intan (MCTI) karya Zabidin Hj Ismail terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) merupakan bahan dokumentasi berbentuk buku pertama dihasilkan mengenai Menara Condong yang telah berusia 127 tahun itu.
Selain pelancaran, program akan dimeriahkan oleh bacaan puisi Menara Condong oleh beberapa penyair terkenal tanah air seperti Dr Ahmad Razali, Ahmad Sarju, Kasajiza AS, Malim Ghozali Pk, Ijamala MN, Onn Abdullah serta turut mengambil bahagian ialah Kelab Penyair dan Deklamator GAPENA yang terdiri dari Azmi Ismail (Juara Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan 2012) dan Norazimah Abu Bakar.
Di samping itu sebelum pelancaran buku, Presiden Persatuan Karyawan Perak yang juga pengarang buku tersebut, Zabidin Hj Ismail akan mengisahkan sejarah MCTI yang telah dibina pada tahun 1885 itu.
Menyentuh tentang penerbitan buku tersebut, Zabidin mengambil masa dua belas tahun menyelidiki sejarah menara itu ketika beliau bertugas di Jabatan Penerangan Teluk Intan (1989-2002). Buku itu mengandungi lapan bab yang antara lain berkaitan sejarah pertukaran gelaran "Jam Tinggi" kepada "Menara Condong" serta bab perihal Menara Condong Teluk Intan disifatkan menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.
Beliau yang kini berkhidmat di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia di Putrajaya berharap buku tersebut dapat dijadikan bahan promosi agar Menara Condong Teluk Intan dikenali ramai di peringkat antarabangsa dan di waktu yang sama dapat menarik para pelancong berkunjung ke Malaysia dan Teluk Intan. Kepada peminat buku, ITBM akan mengadakan jualan langsung MCTI di tapak program.
Program yang terbuka kepada awam ini dapat mengembalikan ingatan silam terhadap majlis "Malam Puisi Menara Condong" pada 10 Disember 1994 yang mencatatkan sejarah apabila Pegawai Daerah Hilir Perak, Mustapha Saat (kini; Dato') mengisytiharkan bangunan purba itu sebagai Menara Condong Teluk Intan" sekali gus meletakkannya sebagai menara condong kedua di dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Karya terkini
| Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad BoestamamAuthor : Zabidin Haji IsmailISBN : 978-983-100-439-5 Year Publish : 2010 Page Number : 160 Category : General | ||
Content Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel. Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik. | |||




































