KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Monday, August 27, 2018

B E L A S U N G K A WA
Hajat di hati untuk melihat Bang Mat (Mohd Radzi Mahmud) menerima anugerah khas sempena Hadiah Sastera Darul Ridzuan Ke-6 pada bulan November nanti tidak kesampaian. Dia pergi dulu semalam, 26 Ogos 2018 jam 9.30 pagi di rumahnya di Kota Damansara. Bang Mat, 78 tahun atau tersohor dgn nama anak jin, Tamar Jalis menerusi karya autobiografi Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ), Ramadhan A.M & Atma A.M (novel), Ahmad Mahmud (cerpen dan esei) adalah anak kelahiran Beruas, Perak merupakan pengarang Melayu yang muncul selepas era ASAS 50. Asal menulis cerpen dan cerpen sulungnya dikesan tersiar dlm Berita Harian Singapura pada tahun 1958.
Bang Mat seorang pendiam, tawaduk dan terlalu berahsia orangnya. Saya terpaksa memujuknya bertahun-tahun sehingga suatu hari pada tahun 2011 bersetuju saya dan Karyawan Pk mengadakan program Wacana Siri Bercakap Dengan Jin di Ipoh dan dlm sidang media selepas program tersebut Bang Mat membocorkan rahsianya yg dipendam selama 30 tahun bahawa beliaulah Tamar Jalis (TJ) yang ramai peminatnya menyangka arwah Jamil Miran (mantan wartawan Varisari). Selepas pendedahan itu byk juga acara susulan TJ bertemu peminat SBDJ yang sudah melewati tiga generasi. TJ menulis SBDJ selama 23 tahun 6 bulan tanpa henti dan sirinya tersiar di majalah Variasari mulai April 1981 hingga Januari 2005 suatu siri yang terpanjang bersiaran di majalah dan tidak dinafikan mencapai rekod dunia mengalahkan siri tv Dallas dan Little House On Prairies di Amerika Syarikat.
Perjuangan belum selesai dalam mengangkat karya beliau sebagai khazanah emas Perak Darul Ridzuan selepas Misa Melayu (Raja Chulan Abd Hamid), cerita hikayat Pawang Ana (Awang Sulung Merah Muda, Anggun Cik Tunggal, Raja Muda, Malim Deman dan Malim Dewa) namun sempat juga dia menerima anugerah khas Kerajaan Negeri Perak- Karyawan Ceritera Sepanjang Zaman disampaikan oleh MB Perak, mantan DS Dr Zambry Abdul Kadir di majlis 100 tahun Beruas pada tahun 2017.
Sayang sekali SBDJ tidak diiktiraf sebagai karya autobiografi terpanjang di Malaysia (284 siri) 221 siri telah dibukukan sebanyak 16 jilid dan siri selebihnya bertebaran di sana sini. Buku saku SBDJ berharga dua ringgit lima puluh sen senaskhah itu menurut penerbitnya, Variapop Group telah terjual kira-kira sejuta naskhah dan beberapa jilid dicetak ulang beberapa kali atas permintaan pembaca.
Kulit buku tersebut sengaja direkalukis gambar rupa jin atau peri bagi menarik khalayak tetapi karya ini sebenarnya bukan cerita hantu, jin dan jembalang tetapi pemburuan wira Kulup Mohd Diah atau datuk TJ dalam kehidupan masyarakat Melayu sekitar hujung tahun 1950-an hingga tahun 1960-an merupakan rakaman sejarah yang bernilai tinggi. TJ menggunakan pendekatan instrinsik manipulatif dlm memaparkan kepakaran Melayu dalam perubatan tradisional, mistik, penggembaraan (sehingga ke Sumatera), sejarah tempatan, nilai-nilai setempat, ("local colouring"), seni mempertahankan diri khususnya persilatan, petua, dan sebagainya yang dapat dicungkil menerusi karya ini.
SBDJ perlu diterbitkan semula dalam bentuk kontemporari dan diiktiraf sebagai khazanah sastera genre autobiografi yang ulung di negara ini selepas Enda Gulingku karya Sasterawan Negara, Arenawati.
Semoga Bang Mat menerima curahan rahmat Allah Ta'ala - dari Dia kita datang, kepada-Nya kita pulang, al-Fatihah buat Tamar Jalis.

Oleh Zabidin Hj Ismail
27 Ogos 2018

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.