KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Monday, September 16, 2013

Buku Suara Kita yang unik akan dilancarkan di Putrajaya – suatu manifestasi patriotisme sempena bulan kemerdekaan ke-56 dan Hari Malaysia ke-50





Sambutan bulan kemerdekaan negara ke-56 dan perayaan Hari Malaysia ke-50 pada tahun ini memberi makna dan kesan yang mendalam kepada generasi akan datang kerana manifestasi patriotisme oleh warga Malaysia masa kini terakam dalam bait-bait puisi yang puitis, kemudian dikumpul dalam sebuah antologi sajak yang amat tebal. Rakaman bertulis ini akan menjadi bahan rujukan betapa rakyat jelata telah bersatu hati mencipta sajak semata-mata untuk menyatakan kecintaan mereka terhadap tanah air sendiri yang telah melewati separuh abad menikmati kemerdekaan dan kebebasan daripada belenggu penjajahan.

Antologi sajak itu diberi judul Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka  adalah merupakan sebuah antologi sajak tertebal di negara ini. Ketebalan ialah 1424 halaman. Malahan ia mencipta sejarah tergolong sebagai kumpulan sajak pertama di Malaysia atau barangkali juga di dunia yang berjaya mengungkap satu tema iaitu kemerdekaan negara melalui garapan puitis seribu sajak yang ditulis seramai 519 penyumbang yang terdiri daripada pelbagai status sosial, akademik, latar belakang, kepercayaan, agama dan budaya.

Lantaran itu, kumpulan sajak ini berada dalam kelas tersendiri dalam arena persuratan dan kesusasteraan kebangsaan kerana selain ketebalannya, ia adalah satu-satunya antologi yang dijayakan oleh semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa daripada tokoh negara hingga ke golongan pekerja dan suri rumah yang telah menyumbangkan karya masing-masing.

Bagi mengambarkan keterlibatan semua lapisan masyarakat, kandungan antologi tersebut telah dipecahkan mengikut kategori status masyarakat dalam sepuluh segmen iaitu segmen A: Tokoh Negara, B: Agamawan, C: Ahli Politik, D: Anak Merdeka, E: Sasterawan/ Penulis/ Wartawan, F: Penyair dari Seberang, G: Mahasiswa/ Pelajar, H: Pegawai Kerajaan/ Pesara/ Swasta, I: Saudagar/ Ahli Korporat dan J:  Petani/ Suri Rumah/ Pekerja.

Antara penyumbang sajak termasuk  TYT Tun Abdul Rahman Abas, Gabenor Pulau Pinang, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Dato’ Seri Diraja Zambry Abdul Kadir, Sasterawan Negara Dato’ Dr Ahmad Khamal Abdullah (KEMALA), Sasterawan Negara Dato’ Dr Baharudin Zainal (Baha Zain), Dato’ A Kadir Jasin,= dan Dr Zurinah Hassan.

Di samping itu, buku tersebut turut merakamkan kronologi peristiwa negara bermula pembukaan Melaka pada tahun 1400 Masihi sehingga tahun 2013 yang mencatatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 untuk rujukan pembaca mengenai rentetan sejarah penting yang telah berlaku di negara ini.

Seribu sajak merdeka yang dimuatkan dalam antologi ini telah dikumpulkan dan disunting oleh Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) semenjak bulan Mac 2007 sempena 50 tahun kemerdekaan negara tetapi tidak dapat diterbitkan pada tahun tersebut kerana halangan mendapatkan penaja untuk menampung kos cetak yang agak mahal.  Namun pada tahun ini Jabatan Penerangan Malaysia bersetuju menerbitkan antologi ini sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Negara ke-56 dan perayaan Hari Malaysia ke-50 dengan tema Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.

Justeru buku ini akan dilancarkan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-56 dan Perayaan Hari Malaysia ke-50 pada 19 September 2013 jam 10.00 pagi di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya.

Sesungguhnya, penerbitan buku Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka adalah medium manifestasi rakyat Malaysia terhadap tanah airnya. Justeru buku ini adalah suatu khazanah sastera negara yang memiliki keistimewaan dan kekuatan yang tersendiri di samping penerbitan buku sajak yang pertama oleh Jabatan Penerangan semenjak jabatan tersebut ditubuhkan pada tahun 1945.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.