KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Monday, March 21, 2011

Pameran dan Pengisahan Khazanah Maritim Melaka Abad ke-16







Karyawan Pk bersama UPSI akan mengadakan Pameran dan Pengisahan Khazanah Maritim Melaka Abad ke-16 di Bilik Guna Sama, Tingkat 4, Perpustakaan Utama,UPSI pada 12 Mac 2011 jam 9.00 pg. Sdr Zain Al Johan dari Persatuan Sejarah Negeri Sembilan akan menyampaikan pengisahan khazanah purba kepunyaan Laksamana Tun Tuah, Laksamana Cheng Ho dan Panglima Awang @Henry The Black. Pada 19 Mac 2011 Hj Zabidin Hj Ismail, Presiden Karyawan Pk., Timbalan Presiden Karyawan Pk., Dr Talib dan Azim Saleh berkunjung ke Serambi Astana di Astana Raja, Kota, Negeri Sembilan berbincang dan meneliti khazanah purba simpanan Zain Al Johan yang masih sempurna termasuk cangkir yang memaparkan wajah Puteri Hang Lipo.

Antara khazanah yang pasti menarik pengunjung ialah cakera kompas bertulis jawi diperbuat drp tembaga tunjuk arah mata angin dalam enam keping kepunyaan Panglima Awang diperbuat pada tahun 1522 Masehi amat mengagumkan. Khazanah Panglima Awang yang lain ialah teropong jauh, teropong jalur lebar serta sebutir jam berlatar kapal trinidad (salah sebuah kapal layar rombongan Ferdinand Magallen mengelinggi dunia bersama Panglima Awang) yang dikatakan jam pertama di dunia.



Wednesday, March 16, 2011

Panel bebas Interlok tumbang, ahli India tarik diri


Jimadie Shah Othman
Mac 16, 11
6:53pm

Kemelut sekitar Interlok dilihat makin sukar diselesaikan apabila panel bebas yang mengkaji cadangan pindaan novel kontroversi itu kehilangan semua wakil daripada masyarakat India.

indian plight forum 391106 uthaya shankarDalam mesyuarat susulan mereka di parlimen selepas bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, ketiga-tiga wakil India dalam panel itu memilih berundur daripada badan yang dibentuk kerajaan itu.

Menurut penulis Uthaya Shankar SB, tindakan itu diambil setelah mendapati anggota penel lain berubah fikiran dengan menolak satu demi satu daripada kira-kira 100 pindaan yang dicadangkan mereka.

"Jadi, kami rasa dikhianati," katanya sambil menegaskan perkara itu sudah pun disepakati dalam perbincangan mereka sebelum ini.

Panel Interlok cadang gugur perkataan paria


Oleh Jimadie Shah Othman, Mac 16, 1111:55am (Malaysiakini)



Panel bebas yang mengkaji novel Interlok mencadangkan supaya perkataan "paria" dalam karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain digugurkan. Bagaimanapun, sebab penggugurannya bukan atas alasan sensitif, sebaliknya kerana mempunyai kesalahan fakta.

"Dalam konteks novel, (watak) Maniam bukan paria. Dia ada tanah beberapa ekor lembu dan rumah.

"Pada tahun 1910 (yang menjadi latar novel), mustahil golongan paria ada benda-benda ini," kata penulis Uthaya Sankar SB yang mengganggotai panel yang dibentuk kerajaan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Uthaya menjelaskan, cadangan itu disepakati setelah tiga kali panel bersidang dan berbincang dengan tidak emosional."Selama ini kita dengar orang kata ia sensitif sahaja dan (mereka) tidak berhujah secara rasional," kata pemenang Hadiah Sastera Perdana itu.

Uthaya yang juga presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan - persatuan tunggal untuk penulis India yang berkarya dalam bahasa Malaysia - memberitahu, cadangan pindaan itu mengambil kira aspek penggunaan bahasa, kesalahan fakta dan sensitiviti kaum.Bahagian Melayu, Cina juga diteliti.

Sehubungan itu, tambahnya, beberapa kesalahan tatabahasa dicadangkan dibetulkan dan bahagian sensitif, termasuk yang menyentuh masyarakat Melayu dan Cina turut dicadang dibuang. Antaranya, dalam bahagian di mana watak Chin Huat terfikir hendak menjual anak perempuan sendiri kerana kesempitan hidup dan babak Musa gembira dapat menipu guru besar bagi mengelakkan anaknya disekolahkan."

Pada mulanya memang kita hendak teliti bahagian berkenaan kaum India sahaja, tetapi dah alang-alang (kaji), kita lihat juga bahagian lain," katanya.

Laporan kira-kira 30 halaman itu kini sudah diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pada Jumaat ini.Dalam perkembangan perkaitan, difahamkan panel yang diketuai oleh pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Shamsul Amri Baharuddin dijadual bertemu Muhyiddin yang juga menteri pelajaran dan sesi tertutup di parlimen awal petang ini.

Anggota lain penal itu termasuk Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Termuzi Abdul Aziz, Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Datuk Zainal Abidin Borhan; Prof Madya Dr Lim Swee Tin dari Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran, G Krishnabahawan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.