KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Saturday, August 10, 2013

Penulis biografi perlu menulis kisah sebenar



Oleh OSMAN RANI YANG RAMLI
"JIKA hendak menulis biografi, tulislah sebenar-benar kisah yang berjaya diselidiki, bukan sekadar cerita-cerita muluk tokoh sahaja dipaparkan kerana pendekatan ini akan menghasilkan sebuah biografi lemah dan masyarakat menerimanya sebagai hiasan Hello Kitty sahaja", demikian kata Sasterawan Negara, Dr Muhammad Haji Salleh.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertaskerjanya dalam Kursus Penulisan Autobiografi, Biografi dan Memoir anjuran Karyawan Perak dan Akademi DBP di Ipoh baru-baru ini. Turut hadir adalah Presiden Karyawan Perak, Haji Zabidin Hj. Ismail dan timbalannya, Dr. Talib Samat.

Kursus dua hari ini telah disertai seramai 60 peserta dari seluruh negara. Bukan sahaja diikuti oleh penulis muda, malah penulis mapan yang telah menghasilkan beberapa buah novel, cerpen dan puisi umpamanya turut menyertainya.

Ini merupakan satu perkembangan yang baik. Sambutan diterima terhadap penganjuran program ini telah merangsang Karyawan Perak untuk mengatur kursus dalam genre yang lain pula pada bulan Oktober depan.

Ada banyak ruang serta ramai tokoh-tokoh di negeri Perak khususnya yang boleh diselongkar kisah perjuangan mereka, untuk dijadikan bahan bacaan dan penyelidikan bagi generasi seterusnya. Seorang lagi penceramah kedua, Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah UKM, Mohd Shamsudin, berkata, untuk menghasilkan sebuah biografi yang berkesan dan boleh diterima ramai, tokoh yang dipaparkan itu sewajarnya adalah tersohor dan mempunyai liku-liku kisah hidup yang menarik, popular, kontroversi serta rentetan kejayaannya yang dikagumi.
 
"Sudah tentu sebaiknya tokoh yang dipilih itu satu watak yang sudah matang, sudah teruji oleh zaman dan bukan tokoh muda yang baru memetik sinar bintang kemasyhuran; umpamanya artis-artis muda, pemain bolasepak, bintang tenis malah ahli politik yang ternampak popular tetapi baru sepenggal dalam Parlimen," tegasnya.

Ini kurang sesuai sebab cerita besar mereka baru bermula, perjalanan hidup mereka masih jauh dan ada berbagai kisah baru yang lain belum muncul lagi dan jika dibiografikan hidangan yang masih mentah dan kurang menyelerakan.

Oleh itu, baik Muhammad Haji Salleh mahupun Mohd Shamsudin, kedua-dua mereka bersependapat sesiapa jua yang ada mempunyai cerita hidup yang menarik, boleh dikongsikan menerusi penceritaan yang memikat walaupun mereka bukan tokoh ternama.

Muhammad memberikan contoh bagaimana seorang yang kurang dikenali, Micheal Odaantje telah menghasilkan sebuah autobiografi yang menarik perhatian ramai, Running In The Family, kemudiannya telah mengangkat nama Odantje menjadi terkenal.

Penulisan memoir pula adalah pengkisahan riwayat hidup seseorang, yang diangkat secara tidak mengikut rentetan yang lazim. Ia seperti ditebuk di sana sini, mencungkil mana-mana kisah pengalaman hidup yang tidak menurut kronologi.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.