

















KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 orang terdiri daripada wakil 33 buah badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman bagi mempertahankan novel "Interlok" di sini, Sabtu.
Antara pertubuhan terlibat dalam perhimpunan anjuran Gabungan Penulis Nasional (Gapena) di Rumah Gapena itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Kesatuan Guru-guru Malaysia Barat (KGMB), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dan Persatuan Kebajikan Penulis Negeri Selangor (Kemudi).
Sementara itu, Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar (foto) berkata tujuan perhimpunan itu adalah untuk mempertahankan novel tersebut dari dipolitikkan, diharamkan penggunaannya dan dibuat pindaan ke atas beberapa ayat tertentu.
"Novel ini adalah sesuatu yang bernilai tinggi...satu resolusi berhubung isu ini juga akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran selain mengadakan rundingan meja bulat dengan semua pihak tidak mengira kaum," katanya kepada pemberita.
Sementara itu anak penulis novel itu Datuk Abdullah Hussain, Thariq yang turut serta perhimpunan itu berkata beliau kesal dan terkilan kerana karya ayahnya itu dipolitikkan serta kecewa dengan tindakan pihak tertentu untuk mengharamkan novel tersebut daripada dijadikan buku teks untuk pelajar Tingkatan Lima.
"Ayah bukan ahli politik, beliau adalah seorang sasterawan, maka saya rayu agar jangan sesekali mempersenda atau mengambil peluang dengan mempolitikkan novel beliau.
"Saya cuma kasihankan ayah saya kerana beliau tertekan dengan isu tersebut, sedangkan sebelum menulis novel tersebut, beliau telah pun membuat kajian terlebih dahulu," katanya.
MIC sebelum ini menyatakan bahawa perubahan perlu dilakukan terhadap novel itu sebelum ia diguna sebagai buku teks sastera kerana sistem kasta yang disebut dalam novel itu didakwa sensitif kepada orang India dan tidak akan mencapai objektif penggunaannya.
Interlok dihasil berdasarkan integrasi masyarakat Melayu, China dan India sejak awal tahun 1900 sehingga merdeka. -BERNAMA



Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Presiden PIBGN Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan (kanan, berbaju batik) berkata tindakan membakar novel itu merupakan penghinaan kepada sistem pendidikan, kebudak-budakkan, kurang matang, terburu-buru serta bertujuan mendapatkan keuntungan politik.
Oleh Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)
Jan 8, 11
1:03pm
Bagi menyatakan kesungguhan mereka menentang penarikan balik novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain, Persatuan Penulis Nasional (PENA) berkata akan memaklumkan pendirian mereka kepada menteri pelajaran serta-merta.
"Hari ini juga kami akan telefon pembantu Tan Sri Muhyiddin Yasssin. Soal angkat atau tidak angkat (telefon), itu hal lain.
"Yang penting, PENA ambil tindakan cepat," kata timbalannya Amirrudin Md Ali Hanafiah.
Dalam sidang media di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini, Amirrudin juga berkata, pihaknya mahu memaklumkan bahawa menteri tidak harus "ikut telunjuk" mana-mana pendesak yang mahukan buku itu ditarik balik sebagai teks sastera tingkatan lima.
Katanya, pendirian itu juga diambil setelah bertemu sendiri dengan Abdullah sendiri bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu.
Hadir sama dalam sidang media itu Pengarah Penerbit Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Md Salleh Yaapar.
Sementara itu, presidennya Mohd Saleeh Rahamad pula berkata, mereka mahu mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri bagi menyampaikan tentangan mereka tanpa kompromi terhadap cadangan penarikan dan penyuntingan Interlok.
Bimbang komposisi panel
Mengulas tindakan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula penggunaan novel itu di sekolah menengah, Mohd Saleeh berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan perkara itu.
"Kita bimbang bila kaji semula, jawatankuasanya dibarisi (wakil berkepentingan) secara tidak seimbang.
"Kita bimbang ada keputusan lain," katanya yang juga pensyarah pengajian media di Universiti Malaya.
Ditanya sama ada pihaknya akan mempelbagaikan bantahan supaya dan bukan sahaja berorientasikan diplomasi, Mohd Saleeh menjawab perkara itu mestilah dibincangkan dengan persatuan lain terlebih dahulu.
"PENA di (bernaung) bawah Gapena (Gabungan Persatuan Penulis Nasional). Kita kena bincang dengan NGO lain juga. Kalau tak ramai, kalau kami tiga orang sahaja hendak berdemo, tidak jadi juga," katanya.
Sementara itu, Md Salleh pula berkata berkata, tindakan kerajaan mengkaji semula buku itu mungkin disebabkan terdapat kecenderungan untuk mendengar pendapat "sebelah lagi".
Sambil mendakwa, tentangan pada Interlok disebabkan tidak faham, Md Salleh berkata: "Apa yang disebut (pengarang) semua betul. Apa yang disebut semuanya fakta."



| Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad BoestamamAuthor : Zabidin Haji IsmailISBN : 978-983-100-439-5 Year Publish : 2010 Page Number : 160 Category : General | ||
Content Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel. Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik. | |||