KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Saturday, May 4, 2013

Kegiatan sastera Karyawan Pk


PERSATUAN Karyawan Perak (Karyawan Pk) mengatur pelbagai kegiatan untuk membangunkan seni dan kesusasteraan di negeri Perak. Dengan sokongan pelbagai pihak khususnya kerajaan negeri, Karyawan Pk yakin semua perangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Presiden Karyawan Pk, Haji Zabidin lsmail berkata, pelbagai kegiatan yang dirancangkan dan sebahagian besarnya telah dipersetujui oleh kerajaan negeri Perak.
Antara rancangan besar dan penting itu termasuklah mengwujudkan semula Hadiah Sastera Darul Ridzuan Ke-4. Hadiah ini adalah penghargaan kepada para penulis Perak kerana sumbangan yang diberikan dalam pengembangan bahasa dan sastera Melayu.
Tambah Haji Zabidin, hadiah-hadiah penulisan diberikan untuk karya-karya yang tersiar atau diterbitkan sepanjang tahun 2010-2012 sama ada dalam bentuk buku, majalah atau akhbar dan skrip drama yang pernah disiarkan di radio, televisyen atau dipentaskan.
Menurut beliau lagi, Hadiah Sastera Darul Ridzuan ke-4 anjuran Kerajaan Perak dan Karyawan Pk juga akan mengurniakan Anugerah Sasterawan Perak Darul Ridzuan bersama wang tunai RM10,000 dan Pejuang Sastera Perak Darul Ridzuan (RM7,000) kepada tokoh-tokoh penulis Perak yang telah mengharumkan nama Perak di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Di samping itu seperti diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam satu majlis di Koloni Karyawan Perak (PORT), Ipoh, Perak akan mengadakan Kongres Penyair Sedunia ke-33 pada Oktober depan di Ipoh. Perak dipilih sebagai tuan rumah Kongres Penyair Sedunia ke-33 yang dianggap suatu penghormatan kepada Perak yang banyak melahirkan penulis, penyair dan sasterawan di negara ini.
Karyawan Pk dan kerajaan negeri akan menggerakkan usaha penyusunan buku Biografi 200 Penulis Perak Kreatif dan Non Kreatif. Buku bercorak biografi penulis Perak ini diselenggarakan oleh Mohd. Zamberi Abdul Malik, Talib Samat dan Zabidin sendiri.
Dalam usaha memupuk bakat dan memantapkan kefahaman masyarakat dengan teknik penulisan biografi, memoir dan autobiografi, Karyawan Pk dengan kerjasama Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Kursus Penulisan Biografi, Memoir dan Autobiografi pada 19 hingga 20 April ini di Hotel Seri Malaysia, lpoh.
Antara penceramah kursus penulisan itu ialah Sasterawan Negara Dr. Muhammad Haji Salleh dan Mohd Samsuddin dari UKM.
Bagi mereka yang berminat menyertai kursus penulisan itu bolehlah menghubungi Setiausaha Karyawan Pk, Onn Abdullah di talian 016-5360864 atau emel mas-onn@yahoo.com.my
Sementara itu menurut Onn, yuran RM150 (menginap di Hotel Seri Malaysia), RM80 (tidak menginap di hotel) dikenakan kepada peserta kursus yang terbuka kepada orang ramai.
Di samping itu Karyawan Pk dengan kerjasama Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim), Persatuan Persuratan Melayu, UPSI akan menganjurkan Seminar Mengenang Perjuangan Almarhum Sultan Abdullah pada 2 Mei ini pukul 8 pagi hingga 2 petang.
Antara pembentang kertas kerja termasuklah Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi (USM), Prof.Madya Dr. Mohd.Rosli Saludin (UPSI), Muhd. Nazri Zainuddin (UPSI), Mohd. Zamberi Abdul Malik dan Cikgu Alang lbrahim Mohd. Said.
Sempena majlis itu juga akan dilancarkan buku-buku terbaru terbitan Penerbit Mentari iaitu Menjejaki Pulau Seychelles (Travelog Seychelles Jilid 2), Biografi Lapan Orang Pemegang Gelaran Tengku Menteri, Kenali Tokoh Perak Terpinggir Tetapi Berjasa Jilid 1 dan Jilid 2.
Majlis ilmu ini terbuka kepada umum. Keterangan lanjut tentang majlis ini bolehlah menghubungi saya sendiri, Talib Samat di talian 012-2269740 atau emel dr.talibsamat@yahoo.com

Sunday, February 10, 2013

Baca Puisi Menara Condong

Sempena Majlis Pelancaran Buku Menara Condong Teluk Intan (MCTI) karya Zabidin Hj Ismail pada 2 Februari 2013, sesi pengisahan MCTI dan Baca Puisi MCTI turut diadakan. Pengisahan MCTI telah disampaikan oleh penulis merangkap Presiden Karyawan Pk, Zabidin Hj Ismail manakala baca puisi telah disemarakkan oleh penyair dan deklamator Kelab Penyair dan Deklamator GAPENA. Mereka terdiri M Ghozali Pk, Borhan Md Zin, Zainal Abas @ Kasajiza AS, J.Jamal, Onn Abdullah, Sabariah Bahari, Shakirah Rashid, Ijamala MN, Asmira Suhadis, Lily Siti Multatuliana, Othman Rasul, Sallehudin Ibrahim, Norazimah Abu Bakar, Azmi Ismail, Amran Ibrahim Rashidi  dan Zabidin Hj Ismail yang membacakan puisi beliau berjudul Teluk Intan Bandar Menara Condong.







Lensa Pelancaran Buku Menara Condong Teluk Intan

Lensa Majlis Pelancaran Buku Menara Condong Teluk Intan  (MCTI) karya Zabidin Haji Ismail terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di Dataran Menara Condong Teluk Intan pada 2 Februari 2013 jam 9.00 pagi. Pelancaran disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Teluk Intan Tuan Ayob Shahadan Abdul Rani yang mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, YBhg. Dato' Hj Ibrahim Ahmad. 

Turut hadir ialah Dato' Hjh Zainon Abu Mansor, Ketua Wanita UMNO Bhg. Teluk Intan, Mantan Ketua Satu Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk- 1996-2002), Ustaz Kamarudin Mohd Dani, Pengerusi Yayasan Koloni Karyawan Amanjaya (PORT), Hj Malim Ghozali Pk., Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Perak, Mohd Yusuf Najmi, dan Timbalan Pengerusi MAPPIM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Jelajah Anak Malaysia peringkat Daerah Hili Perak, Hj Ayob Mohammad termasuk penyair / penulis/ deklamator sajak tanah air seperti Zainal Abas @Kasajiza AS, Borhan Md Zain, Othman Rasul, Ijamala MN, Sabariah Bahari, Ramli Daud, Dr Talib Samat, Onn Abdullah, JJamal, Anuar Mohd Yusof, Shakira Rashid, Sallehudin Ibrahim, Rosimah Buyong, Azmi Ismail, Norazimah Abu Bakar, Amran Ibrahim Rashidi, Asmira Suhadis serta penyair Jakarta, Dr. Hjh Lily Siti Multatuliana dan Kelab Penyair dan Deklamator GAPENA.

Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) turut hadir mempamer serta menjual buku MCTI dengan mendapat sambutan hangat sekali.


 
 

Monday, January 28, 2013

MAJLIS PELANCARAN BUKU DAN BACA PUISI MENARA CONDONG TELUK INTAN

Majlis Pelancaran Buku dan Baca Puisi Menara Condong Teluk Intan akan diadakan pada 2 Februari 2013 jam 9.00 pagi di Dataran Menara Condong. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Dato Hj Ibrahim Ahmad dijangka akan melancarkan buku Menara Condong Teluk Intan (MCTI) karya Zabidin Hj Ismail terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) merupakan bahan dokumentasi berbentuk buku pertama dihasilkan mengenai Menara Condong yang telah berusia 127 tahun itu.

 Selain pelancaran, program akan dimeriahkan oleh bacaan puisi Menara Condong oleh beberapa penyair terkenal tanah air seperti Dr Ahmad Razali, Ahmad Sarju, Kasajiza AS, Malim Ghozali Pk, Ijamala MN, Onn Abdullah serta turut mengambil bahagian ialah Kelab Penyair dan Deklamator GAPENA yang terdiri dari Azmi Ismail (Juara Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan 2012) dan Norazimah Abu Bakar. 

 Di samping itu sebelum pelancaran buku, Presiden Persatuan Karyawan Perak yang juga pengarang buku tersebut, Zabidin Hj Ismail akan mengisahkan sejarah MCTI yang telah dibina pada tahun 1885 itu.

 Menyentuh tentang penerbitan buku tersebut, Zabidin mengambil masa dua belas tahun menyelidiki sejarah menara itu ketika beliau bertugas di Jabatan Penerangan Teluk Intan (1989-2002). Buku itu mengandungi lapan bab yang antara lain berkaitan sejarah pertukaran gelaran "Jam Tinggi" kepada "Menara Condong" serta bab perihal Menara Condong Teluk Intan disifatkan menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali. 

 Beliau yang kini berkhidmat di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia di Putrajaya berharap buku tersebut dapat dijadikan bahan promosi agar Menara Condong Teluk Intan dikenali ramai di peringkat antarabangsa dan di waktu yang sama dapat menarik para pelancong berkunjung ke Malaysia dan Teluk Intan. Kepada peminat buku, ITBM akan mengadakan jualan langsung MCTI di tapak program. 

 Program yang terbuka kepada awam ini dapat mengembalikan ingatan silam terhadap majlis "Malam Puisi Menara Condong" pada 10 Disember 1994 yang mencatatkan sejarah apabila Pegawai Daerah Hilir Perak, Mustapha Saat (kini; Dato') mengisytiharkan bangunan purba itu sebagai Menara Condong Teluk Intan" sekali gus meletakkannya sebagai menara condong kedua di dunia.

Tuesday, January 1, 2013

Cerita rakyat Perak akan dibukukan





http://www.utusan.com.my/pix/2012/1231/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_23.1.jpg
Hamidah Osman (empat dari kiri) bersama penulis-penulis buku pada majlis Pelancaran 30 Buku Penulis Perak sempena Pesta Buku Perak 2012 di Mydin Hypermarket Meru Raya, Ipoh, semalam.
IPOH 30 Dis. - Kerajaan negeri melalui Tourism Perak akan membukukan lebih 100 cerita rakyat dari 10 daerah di negeri ini untuk dijadikan bahan rujukan kepada pelancong dalam dan luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman berkata, koleksi cerita rakyat yang dikumpul oleh mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dijangka diterbitkan awal tahun depan.
"Kita sudah ada semua bahannya cuma untuk dicetak dalam bentuk buku dan diedarkan secara percuma. Persatuan Karyawan Perak juga telah mengedit dari segi bahasanya.
"Untuk cetakan pertama, kita akan buat dalam 15,000 naskhah dan kita merancang memasukkan kompilasi cerita rakyat membabitkan komuniti Cina dan India bagi penerbitan seterusnya," katanya selepas menyempurnakan majlis penutup Pesta Buku Perak 2012 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANP), Mohamad Nazari Abdul Hamid dan Presiden Persatuan Karyawan Perak, Zabidin Hj. Ismail.
Pesta buku anjuran PPANP yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu berjaya menarik kira-kira 30,000 pengunjung.
Sempena majlis tersebut, Hamidah turut melancarkan 25 buku pelbagai genre hasil karya penulis negeri Perak.
Dalam pada itu, Hamidah berkata, sebuah galeri sudut kekal di Perpustakaan Awam Negeri akan dibuka bagi menempatkan buku-buku karya penulisan anak Perak berserta biografinya.
Sehubungan itu katanya, pihaknya akan menyumbang dana sebanyak RM10,000 untuk pembelian buku-buku penulis Perak bagi ditempatkan di galeri berkenaan.

Wednesday, November 7, 2012

Kepergian sahabatku, Azim Saleh

 
Waktu akhir-akhir ini
aku sering  teringat  sahabat ku ini, Azim  Saleh
yang sudah lama tidak mendengar  khabar   beritanya
beberapa kali aku hantar mesej sms  tidak berjawab juga
ada dia beritahu  dahulu dia sakit jantung
semasa aku bermalam di rumahnya di Rembau, bersama aku sekeluarga
sambil memerhati Gunung Datuk yang berkabus di pagi hari
sungguh banyak kenangan bersama-samanya
termasuk  menyelenggarakan buku puisi  Tsunami:  Rakaman Sejarah Ngeri
juga pernah  ke Johor  Bahru
menghadiri  suatu konvensyen perpaduan Melayu
dengan menaiki kereta   Lotfi lsmail
sambil berbual-bual  dan bergurau senda
tiba-tiba pada jam 12.20 malam Khamis, 7 November 2012
aku terima panggilan telefon
daripada anak   lelakinya
tentang berita sedih  kematian  bapanya, Azim Saleh
atau nama  sebenarnya  Salehuddin Ghazali yang  sebaya  denganku
lima puluh tiga  tahun  berlalu  
hilang sudah seorang lagi sahabat ku yang akrab
semasa  aku merantau di Kuala  Lumpur dan di Tanjong Malim
aku teringat lagi  dan masih  basah dalam ingatan ku
dialah yang  menerbitkan buku  drama ku; Subuh
semasa dia bertugas di Kharisma Publications
dan juga kenangan lain sewaktu berkunjung  ke  Kuala  Kangsar
pada tahun 1987
sewaktu sama-sama  menaiki kereta api  ke Kuala Kangsar
berkhemah sastera di tepi Sungai Perak
dan terlalu banyak kenangan lain
yang penuh suka duka dan pahit getir
semoga   rohnya  ditempatkan bersama golongan orang yang beriman
dan dimasukkan ke dalam syurga
 
al-Fatihah!
 
 
Talib Samat
Tanjong Malim, Perak
7  November 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.