KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Friday, February 14, 2014

Semua dijemput hadir


Suhaimi Hj Muhammad seorang penyair mapan Malaysia yang telah menulis selama 60 tahun (1950-2010) terutamanya dalam genre puisi. Sejumlah 2000 sajak Suhaimi terangkum dalam  empat aliran utama iaitu realisme, surealisme, mistikisme dan eksistensalisme manakala pemikiran yang diutarakan mengandungi empat aspek penting seperti keadilan sosial (1950-1959); kepincangan sosial (1960-1969);  keagamaan (1970-1980) dan sufisme (1981-2010). Kesemua aspek tersebut terkandung dalam 33 buah antologi puisi perseorangan – Jalan Ke Kotaku (1959) hingga Denyutkan Jantungmu (2010). Beliau juga merupakan seorang pembaharu dalam puisi alam Melayu

(Zabidin Haji Ismail, 2010.  Biografi Suhaimi Haji Muhammad:  Satu Kajian Analisis Kandungan.
Kertas Kerja  Seminar Antarabangsa Suhaimi Hj Muhammad dan Malim Ghozali PK di Dewan Sri Tanjong, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak pada 5 Mac 2010  anjuran Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk], Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, UPSI dan Persatuan Penulis Budiman [BUDIMAN]) 



Biodata

Suhaimi Haji Muhammad lahir di Kampong Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak pada 8 Februari 1934.  Bapanya; Haji Muhammad bin Hassan dan ibunya bernama Hajah Darwiah binti Ya’akub. Dia merupakan anak kelima daripada lapan adik beradik. Pendidikannya bermula  di Sekolah Melayu Kuala Kangsar (1940-1945) kemudian di Clifford School, Kuala Kangsar sehingga darjah empat (1946-1948),  Sekolah Melayu, Bukit Chandan (1949) sehingga lulus darjah enam Melayu dan sijil persekolahan agama darjah enam Kerajaan. Kelulusan ini melayakkan beliau menjadi guru sekolah di Kamunting (1950) kemudian ke sekolah Melayu Sungai Setar, Parit Buntar dan pada tahun 1951 dia memasuki  Sultan Idris Trainning Collage (SITC), Tanjong Malim. Dia kembali mengajar sebagai guru terlatih pada tahun 1954 di Sekolah Melayu Padang Empang, Kuala Kangsar. Di samping mengajar dia belajar sendiri  sehingga lulus Senior Cambridge (1966). Pada tahun 1967, dia  menyambung pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Anderson, Ipoh tetapi tidak sempat menduduki peperiksaan Higher School Certificate (HSC) kerana jatuh sakit. Namun begitu kerjayanya sebagai guru diteruskan di Sekolah Menengah Menglembu, Ipoh (1966-1971). Pada tahun 1975, Suhaimi berhenti menjadi guru kerana memilih jawatan Pembantu Pegawai Penyelidik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur  sehingga bersara sebagai Pegawai Penyelidik Bahasa  pada tahun 1989. Setelah bersara, Suhaimi menjadi kontraktor kelas F dengan mengambil kontrak kerja pembaikan pejabat-pejabat kerajaan di Kuala Lumpur antara tahun 1993 hingga tahun 1998. Pada tahun 2001 Suhaimi mengambil keputusan meninggalkan kota kosmopolitan Kuala Lumpur lantas kembali ke negeri asalnya, Perak dan menetap di Lot 3971, Jalan Tempua, Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan Dua, Gugusan Manjoi, Ipoh. Suhaimi  menghabiskan sisa-sisa usianya berbakti kepada masyarakat dengan menjadi bilal dan imam gantian di Surau Al-Ikhlasiah, Jalan Pemimpin, Gugusan Manjoi, Ipoh, Perak Darul Ridzuan sehingga  jam 4.30 pagi 3 Januari 2014 usianya terhenti takat 80 tahun. Al-Fatihah buat Pak Su.



Atur Cara
8.45 pagi:       Ketibaan para jemputan

9.00 pagi:       Bacaan Puisi Belasungkawa
                       
                                    -Hj. Abdullah Samsudin @ Onn Abdullah
                                      (Requim buat Suhaimi Hj Muhammad karya Zabidin Hj Ismail)

                                    -Hjh Sabariah Bahari

                        Tayangan Video Klip

                        Bacaan Doa

                        Ucapan Alu-aluan;
                        YBhg. Dr Hj Zabidin Haji Ismail
                        Presiden Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk)

                        Ucapan Perasmian;
                        YB Puan Nolee Ashilin Binti  Dato’ Mohd. Radzi
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak merangkap Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Perak (MKNPk)

Penyampaian Cenderamata

Forum  Suhaimi dan Karya

            Moderator: Dr A Halim Ali (UPSI)
           
            Panel :  Dr Hj A Rahim Abdullah (ASWARA)
                           Mohamad bin Shaidan  (DBP)
                           Dr Hj Shamsudin Othman (PENA)
                           Dr Hj Malim Ghozali Pk (IDR/Karyawan Pk)

Bacaan Puisi Belasungkawa

-Sallehudin Ibrahim
 (Puisi di Rumah Suhaimi Haji Muhammad [r.h])

- Ijamala MN

Merarau

1.00 ptg          Bersurai

Monday, September 16, 2013

Buku Suara Kita yang unik akan dilancarkan di Putrajaya – suatu manifestasi patriotisme sempena bulan kemerdekaan ke-56 dan Hari Malaysia ke-50





Sambutan bulan kemerdekaan negara ke-56 dan perayaan Hari Malaysia ke-50 pada tahun ini memberi makna dan kesan yang mendalam kepada generasi akan datang kerana manifestasi patriotisme oleh warga Malaysia masa kini terakam dalam bait-bait puisi yang puitis, kemudian dikumpul dalam sebuah antologi sajak yang amat tebal. Rakaman bertulis ini akan menjadi bahan rujukan betapa rakyat jelata telah bersatu hati mencipta sajak semata-mata untuk menyatakan kecintaan mereka terhadap tanah air sendiri yang telah melewati separuh abad menikmati kemerdekaan dan kebebasan daripada belenggu penjajahan.

Antologi sajak itu diberi judul Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka  adalah merupakan sebuah antologi sajak tertebal di negara ini. Ketebalan ialah 1424 halaman. Malahan ia mencipta sejarah tergolong sebagai kumpulan sajak pertama di Malaysia atau barangkali juga di dunia yang berjaya mengungkap satu tema iaitu kemerdekaan negara melalui garapan puitis seribu sajak yang ditulis seramai 519 penyumbang yang terdiri daripada pelbagai status sosial, akademik, latar belakang, kepercayaan, agama dan budaya.

Lantaran itu, kumpulan sajak ini berada dalam kelas tersendiri dalam arena persuratan dan kesusasteraan kebangsaan kerana selain ketebalannya, ia adalah satu-satunya antologi yang dijayakan oleh semua lapisan masyarakat pelbagai bangsa daripada tokoh negara hingga ke golongan pekerja dan suri rumah yang telah menyumbangkan karya masing-masing.

Bagi mengambarkan keterlibatan semua lapisan masyarakat, kandungan antologi tersebut telah dipecahkan mengikut kategori status masyarakat dalam sepuluh segmen iaitu segmen A: Tokoh Negara, B: Agamawan, C: Ahli Politik, D: Anak Merdeka, E: Sasterawan/ Penulis/ Wartawan, F: Penyair dari Seberang, G: Mahasiswa/ Pelajar, H: Pegawai Kerajaan/ Pesara/ Swasta, I: Saudagar/ Ahli Korporat dan J:  Petani/ Suri Rumah/ Pekerja.

Antara penyumbang sajak termasuk  TYT Tun Abdul Rahman Abas, Gabenor Pulau Pinang, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Dato’ Seri Diraja Zambry Abdul Kadir, Sasterawan Negara Dato’ Dr Ahmad Khamal Abdullah (KEMALA), Sasterawan Negara Dato’ Dr Baharudin Zainal (Baha Zain), Dato’ A Kadir Jasin,= dan Dr Zurinah Hassan.

Di samping itu, buku tersebut turut merakamkan kronologi peristiwa negara bermula pembukaan Melaka pada tahun 1400 Masihi sehingga tahun 2013 yang mencatatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 untuk rujukan pembaca mengenai rentetan sejarah penting yang telah berlaku di negara ini.

Seribu sajak merdeka yang dimuatkan dalam antologi ini telah dikumpulkan dan disunting oleh Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) semenjak bulan Mac 2007 sempena 50 tahun kemerdekaan negara tetapi tidak dapat diterbitkan pada tahun tersebut kerana halangan mendapatkan penaja untuk menampung kos cetak yang agak mahal.  Namun pada tahun ini Jabatan Penerangan Malaysia bersetuju menerbitkan antologi ini sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Negara ke-56 dan perayaan Hari Malaysia ke-50 dengan tema Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.

Justeru buku ini akan dilancarkan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-56 dan Perayaan Hari Malaysia ke-50 pada 19 September 2013 jam 10.00 pagi di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya.

Sesungguhnya, penerbitan buku Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka adalah medium manifestasi rakyat Malaysia terhadap tanah airnya. Justeru buku ini adalah suatu khazanah sastera negara yang memiliki keistimewaan dan kekuatan yang tersendiri di samping penerbitan buku sajak yang pertama oleh Jabatan Penerangan semenjak jabatan tersebut ditubuhkan pada tahun 1945.

Saturday, August 10, 2013

Penulis biografi perlu menulis kisah sebenar



Oleh OSMAN RANI YANG RAMLI
"JIKA hendak menulis biografi, tulislah sebenar-benar kisah yang berjaya diselidiki, bukan sekadar cerita-cerita muluk tokoh sahaja dipaparkan kerana pendekatan ini akan menghasilkan sebuah biografi lemah dan masyarakat menerimanya sebagai hiasan Hello Kitty sahaja", demikian kata Sasterawan Negara, Dr Muhammad Haji Salleh.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertaskerjanya dalam Kursus Penulisan Autobiografi, Biografi dan Memoir anjuran Karyawan Perak dan Akademi DBP di Ipoh baru-baru ini. Turut hadir adalah Presiden Karyawan Perak, Haji Zabidin Hj. Ismail dan timbalannya, Dr. Talib Samat.

Kursus dua hari ini telah disertai seramai 60 peserta dari seluruh negara. Bukan sahaja diikuti oleh penulis muda, malah penulis mapan yang telah menghasilkan beberapa buah novel, cerpen dan puisi umpamanya turut menyertainya.

Ini merupakan satu perkembangan yang baik. Sambutan diterima terhadap penganjuran program ini telah merangsang Karyawan Perak untuk mengatur kursus dalam genre yang lain pula pada bulan Oktober depan.

Ada banyak ruang serta ramai tokoh-tokoh di negeri Perak khususnya yang boleh diselongkar kisah perjuangan mereka, untuk dijadikan bahan bacaan dan penyelidikan bagi generasi seterusnya. Seorang lagi penceramah kedua, Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah UKM, Mohd Shamsudin, berkata, untuk menghasilkan sebuah biografi yang berkesan dan boleh diterima ramai, tokoh yang dipaparkan itu sewajarnya adalah tersohor dan mempunyai liku-liku kisah hidup yang menarik, popular, kontroversi serta rentetan kejayaannya yang dikagumi.
 
"Sudah tentu sebaiknya tokoh yang dipilih itu satu watak yang sudah matang, sudah teruji oleh zaman dan bukan tokoh muda yang baru memetik sinar bintang kemasyhuran; umpamanya artis-artis muda, pemain bolasepak, bintang tenis malah ahli politik yang ternampak popular tetapi baru sepenggal dalam Parlimen," tegasnya.

Ini kurang sesuai sebab cerita besar mereka baru bermula, perjalanan hidup mereka masih jauh dan ada berbagai kisah baru yang lain belum muncul lagi dan jika dibiografikan hidangan yang masih mentah dan kurang menyelerakan.

Oleh itu, baik Muhammad Haji Salleh mahupun Mohd Shamsudin, kedua-dua mereka bersependapat sesiapa jua yang ada mempunyai cerita hidup yang menarik, boleh dikongsikan menerusi penceritaan yang memikat walaupun mereka bukan tokoh ternama.

Muhammad memberikan contoh bagaimana seorang yang kurang dikenali, Micheal Odaantje telah menghasilkan sebuah autobiografi yang menarik perhatian ramai, Running In The Family, kemudiannya telah mengangkat nama Odantje menjadi terkenal.

Penulisan memoir pula adalah pengkisahan riwayat hidup seseorang, yang diangkat secara tidak mengikut rentetan yang lazim. Ia seperti ditebuk di sana sini, mencungkil mana-mana kisah pengalaman hidup yang tidak menurut kronologi.



Saturday, June 22, 2013

KURSUS PENULISAN BIOGRAFI MEMOIR DAN AUTOBIOGRAFI BERSAMA SASTERAWAN NEGARA PROF DR MUHAMMAD HAJI SALLEH


PADA 6 hingga 7 JULAI, 2013 di HOTEL SERI MALAYSIA, IPOH
Anjuran Karyawan Pk dan Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jika berminat sila catatkan nama penuh, alamat dan no. telefon bimbit ke peti pesanan fb/Karyawanpk. InsyaAllah nama anda akan didaftarkan sebagai peserta. Butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian oleh Urus Setia. Bukan ahli Karyawan Pk dikenakan bayaran sebanyak RM150.00 untuk makan dan penginapan. Jika tidak menginap cuma RM80.00. Bagaimanapun kursus akan berlanjutan sehingga tengah malam. Sijil daripada DBP akan diberikan kepada setiap peserta. Daftar segera untuk jaminan pakej.

 


ATUR CARA K U R S U S

6 Julai 2013 [Sabtu]
10.30 pg. – 11.00 pg. Pendaftaran Peserta dan Pengenalan Kursus
11.00 pg. – 1.00 ptg. Sesi 1: Definisi Autobiografi dan Memoir
1.00 ptg. – 2.00 ptg. Merarau/Rehat/Solat Zohor
2.00 ptg. – 4.30 ptg. Sesi 2: Unsur-unsur Penting dalam Penulisan Autobiogafi dan Memoir
4.30 ptg. – 7.30 mlm. Rehat/Solat Maghrib/Makan Malam
7.30 mlm. – 9.30 mlm. Sesi 3: Unsur-unsur Penting dalam Penulisan Autobiografi dan Memoir II
               : Contoh Penulisan Autobiografi dan Memoir dari Nusantara dan Dunia
9.30 mlm. – 11.00 mlm. Sesi 4: Latihan dan Perbincangan
11.00 mlm. Kudapan/Istirahat Hari Pertama


7 Julai 2013 [Ahad]
7.30 pg. – 8.30 pg. Sarapan
8.30 pg. – 10.30 pg. Sesi 5: Pengenalan Penulisan Biografi
10.30 pg. – 11.00 pg. Kudapan
11.00 pg. – 1.00 tgh. Sesi 6: Sumber-sumber dalam Biografi
                 : Penyelidikan dan 10 Elemen Penting Penulisan Biografi
1.00 tgh. – 2.00 ptg. Merarau/Rehat/Solat Zohor
2.00 ptg. – 4.30 ptg. Sesi 7: Menulis Biografi: Tips Penulisan Biografi yang menarik
                 : Perbincangan

 
4.30 ptg. : Penyampaian Sijil Penyertaan Kursus

"Selagi menulis terus menulis".

Urus Setia Kursus
Persatuan Karyawan Perak
[Karyawan Pk]

Saturday, May 4, 2013

Kegiatan sastera Karyawan Pk


PERSATUAN Karyawan Perak (Karyawan Pk) mengatur pelbagai kegiatan untuk membangunkan seni dan kesusasteraan di negeri Perak. Dengan sokongan pelbagai pihak khususnya kerajaan negeri, Karyawan Pk yakin semua perangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Presiden Karyawan Pk, Haji Zabidin lsmail berkata, pelbagai kegiatan yang dirancangkan dan sebahagian besarnya telah dipersetujui oleh kerajaan negeri Perak.
Antara rancangan besar dan penting itu termasuklah mengwujudkan semula Hadiah Sastera Darul Ridzuan Ke-4. Hadiah ini adalah penghargaan kepada para penulis Perak kerana sumbangan yang diberikan dalam pengembangan bahasa dan sastera Melayu.
Tambah Haji Zabidin, hadiah-hadiah penulisan diberikan untuk karya-karya yang tersiar atau diterbitkan sepanjang tahun 2010-2012 sama ada dalam bentuk buku, majalah atau akhbar dan skrip drama yang pernah disiarkan di radio, televisyen atau dipentaskan.
Menurut beliau lagi, Hadiah Sastera Darul Ridzuan ke-4 anjuran Kerajaan Perak dan Karyawan Pk juga akan mengurniakan Anugerah Sasterawan Perak Darul Ridzuan bersama wang tunai RM10,000 dan Pejuang Sastera Perak Darul Ridzuan (RM7,000) kepada tokoh-tokoh penulis Perak yang telah mengharumkan nama Perak di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Di samping itu seperti diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam satu majlis di Koloni Karyawan Perak (PORT), Ipoh, Perak akan mengadakan Kongres Penyair Sedunia ke-33 pada Oktober depan di Ipoh. Perak dipilih sebagai tuan rumah Kongres Penyair Sedunia ke-33 yang dianggap suatu penghormatan kepada Perak yang banyak melahirkan penulis, penyair dan sasterawan di negara ini.
Karyawan Pk dan kerajaan negeri akan menggerakkan usaha penyusunan buku Biografi 200 Penulis Perak Kreatif dan Non Kreatif. Buku bercorak biografi penulis Perak ini diselenggarakan oleh Mohd. Zamberi Abdul Malik, Talib Samat dan Zabidin sendiri.
Dalam usaha memupuk bakat dan memantapkan kefahaman masyarakat dengan teknik penulisan biografi, memoir dan autobiografi, Karyawan Pk dengan kerjasama Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Kursus Penulisan Biografi, Memoir dan Autobiografi pada 19 hingga 20 April ini di Hotel Seri Malaysia, lpoh.
Antara penceramah kursus penulisan itu ialah Sasterawan Negara Dr. Muhammad Haji Salleh dan Mohd Samsuddin dari UKM.
Bagi mereka yang berminat menyertai kursus penulisan itu bolehlah menghubungi Setiausaha Karyawan Pk, Onn Abdullah di talian 016-5360864 atau emel mas-onn@yahoo.com.my
Sementara itu menurut Onn, yuran RM150 (menginap di Hotel Seri Malaysia), RM80 (tidak menginap di hotel) dikenakan kepada peserta kursus yang terbuka kepada orang ramai.
Di samping itu Karyawan Pk dengan kerjasama Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim), Persatuan Persuratan Melayu, UPSI akan menganjurkan Seminar Mengenang Perjuangan Almarhum Sultan Abdullah pada 2 Mei ini pukul 8 pagi hingga 2 petang.
Antara pembentang kertas kerja termasuklah Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi (USM), Prof.Madya Dr. Mohd.Rosli Saludin (UPSI), Muhd. Nazri Zainuddin (UPSI), Mohd. Zamberi Abdul Malik dan Cikgu Alang lbrahim Mohd. Said.
Sempena majlis itu juga akan dilancarkan buku-buku terbaru terbitan Penerbit Mentari iaitu Menjejaki Pulau Seychelles (Travelog Seychelles Jilid 2), Biografi Lapan Orang Pemegang Gelaran Tengku Menteri, Kenali Tokoh Perak Terpinggir Tetapi Berjasa Jilid 1 dan Jilid 2.
Majlis ilmu ini terbuka kepada umum. Keterangan lanjut tentang majlis ini bolehlah menghubungi saya sendiri, Talib Samat di talian 012-2269740 atau emel dr.talibsamat@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.