KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Sunday, February 21, 2010

Seminar Pemikiran Suhaimi Hj Muhamad dan Malim Ghozali Pk


MUTIARA pemikiran dua orang tokoh sasterawan kelahiran Perak iaitu Suhaimi Haji Muhammad dan Malim Ghozali Pk akan dikupas dalam 22 buah kertas kerja oleh sarjana dalam dan luar negara pada Seminar Antarabangsa Pemikiran Suhaimi Haji Muhammad dan Malim Ghozali Pk. Seminar itu akan diadakan pada 5 dan 6 Mac depan di Dewan Sri Tanjung, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.

Seminar anjuran Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk] diadakan dengan kerjasama Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, UPSI dan Persatuan Suluh Budiman (BUDIMAN) ini diadakan dengan beberapa objektif tertentu.

Antaranya memperkatakan karya-karya Suhaimi Haji Muhammad dan Malim Ghozali Pk menggunakan pelbagai pendekatan dan teori kesusasteraan, memperkenalkan kedua-dua sasterawan kelahiran Perak kepada para pelajar, pengkaji dan masyarakat sastera di UPSI , seluruh Malaysia dan dunia, memartabatkan semula ketokohan kedua-dua orang sasterawan ini dan menghargainya semasa mereka masih hidup.

Selain itu untuk memotivasikan para pelajar sastera dan bukan sastera UPSI supaya berkarya seperti Suhaimi Haji Muhammad dan Malim Ghozali Pk. Ini kerana karya-karya mereka sentiasa menjadi bahan kajian latihan ilmiah kepada para pelajar universiti di negara ini.

Seminar ini juga diharap dapat memantapkan persiapan pencalonan Fakulti Bahasa UPSI agar Suhaimi Haji Muhammad dikurniakan anugerah berupa Ijazah Kehormat Doktor Persuratan UPSI pada tahun ini dan seterusnya dicalonkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara ke-11.

Dipinggirkan

Di samping itu objektifnya ialah Malim Ghozali Pk dicalonkan untuk menerima S.E.A Write Award oleh kerajaan Thailand. Seminar yang bertemakan "Memperkasakan Ketokohan Sasterawan Suhaimi Haji Muhammad dan Malim Ghozali Pk" yang selama ini agak dipinggirkan oleh masyarakat sastera di negara ini.

Seminar hari pertama memfokuskan perbincangan tentang pemikiran Suhaimi Haji Muhammad. Antara kertas kerja seminar hari pertama ialah Proses Kreatif dan Mengapa Saya Mengarang (Suhaimi Haji Muhammad), Perbincangan Biografi Suhaimi Haji Muhammad (Zabidin Hj Ismail), Sumbangan Suhaimi Haji Muhammad Dalam Bidang Penulisan Cerpen Fokus Kumpulan Cerpen Kota Kenangan (Dr. Talib Samat), Kritikan Drama Bulan Jingga Karya Suhaimi Haji Muhammad (Dr. Ani Omar, UPSI), Kritikan Semiotik Terhadap Karya Terpilih Suhaimi Haji Muhammad (Mohamad Shahidan, DBP), Perbincangan Buku Kritikan Dilema Kesusasteraan Melayu Moden Karya Suhaimi Haji Muhammad (Jaafar Abdul Rahim), Perbincangan Kumpulan Puisi Sufi Mutakhir Suhaimi Haji Muhammad (Malim Ghozali Pk), Perbincangan Kumpulan Puisi Apabila Malam Semakin Malam Karya Suhaimi Haji Muhammad (Prof.Madya Datuk Dr.Mohd.Rosli Saludin), Perbandingan Karya Suhaimi Haji Muhammad Dengan Penyair lndonesia (Mohamad Daud Mohamad, DBP), Perbincangan Puisi-Puisi Suhaimi Haji Muhammad Yang Termuat Dalam Kumpulan Puisi Song 0f The Pelican (Dr.Haji Abdul Ghani Abu, Dekan,Fakulti Bahasa, UPSI) dan Pentafsiran Puisi Suhaimi Haji Muhammad Yang Termuat Dalam Kumpulan Puisi Taman Takwa Berasaskan Teori 4 SPBL (Abdul Halim Ali, UPSI).

Memperdebatkan

Manakala seminar pada hari kedua memperdebatkan perbincangan terhadap karya-karya Malim Ghozali Pk. Antara kertas kerja yang ditampilkan termasuklah Proses Kreatif Karya Terpilih dan Mengapa Saya Menulis Karya Kreatif (Malim Ghozali Pk), Kritikan Terhadap Novel Janji Paramaribo Karya Malim Ghozali Pk (Prof.Dr.Budi Darma, Universiti Nasional, Surabaya, lndonesia), Penilaian Kritis Terhadap Buku Kesempurnaan Mutlak Karya Malim Ghozali Pk (Dr.Muhammad Uthman El-Muhammaddy,ISTAC), Penelitian Novel Daun Karya Malim Ghozali Pk Berasaskan Teori Teksdealisme (Prof. Madya Abdul Rahman Napiah, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura) dan Penelitian Novel Redang Karya Malim Ghozali Pk (Dr.Mohd.Hanafi Ibrahim, DBP).

Seminar hari kedua itu juga memfokuskan kertas kerja Pemikiran dan Isu-isu Kemanusiaan Dalam Kumpulan Cerpen Usia Senja Karya Malim Ghozali Pk (UPSI), Perbincangan dua kumpulan puisi karya Malim Ghozali Pk Iaitu Gema Ruang dan Hujan Di Limun Pagi (Haji Abdul Rahim Abdullah, Aswara), Perbincangan Budaya Hidup Komuniti Melayu Jawa di Surinam, Amerika Latin Dalam Novel Janji Paramaribo Karya Malim Ghozali Pk Dengan Komuniti Melayu Republik Seychelles di Lautan Hindi (Dr.Talib Samat,UPSI) , Pemikiran dan Isu-isu Kemanusiaan Dalam Kumpulan Cerpen Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir! Karya Malim Ghozali Pk (Prof.Dr. Zakaria Ali, Fakulti Seni,UPSI) dan sebagainya.

Seminar sastera yang agak besar di negeri Perak ini akan diserikan lagi dengan Malam Gema Puisi UPSI pada pukul 8 malam 6 Mac di Dewan Auditorium Utama, UPSI yang akan menampilkan lebih 20 orang penyair yang memperdalamkan rasa kemanusiaan terhadap alam sekitar dan kehidupan di mayapada ini.

Seminar ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd.Kadir.

Antara buku yang akan dilancarkan ialah kumpulan puisi Apabila Malam Semakin Malam (karya Suhaimi Haji Muhammad), kumpulan puisi Merindu Alam (karya Ihsan Noorzali, DBP), Naratologi Shahnon Ahmad (karya Talib Samat,DBP,2010), Kenali Tokoh Berjasa Jilid 1 (karya Talib Samat, Pekan Ilmu Publications), Perjuangan Mengantarabangsakan Tengku Menteri Ngah Ibrahim (selenggaraan Talib Samat, Yayasan Perak) dan Pemikiran Politik Dalam Novel Ahmad Boestamam (Zabidin Hj Ismail Penerbit Universiti Malaya)-Mingguan Malaysia, 21 Februari 2010

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.