KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Wednesday, March 10, 2010

Hadiah Sastera Perak diwujudkan semula



Kerajaan Negeri Perak yang diketuai YAB Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah meluluskan 4 perkara yang dimohon oleh Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk] ketika berucap merasmikan penutupan Seminar Antarabangsa Pemikiran Suhaimi Hj Muhammad dan Malim Ghozali Pk serta membuka gelanggang Malam Gema Puisi UPSI pada 6.3.2010 di Dewan Seri Tanjong, UPSI, Tanjong Malim. Teks ucapan beliau dibacakan oleh YB Zainol Fadzi Pakaruddin, Exco Kerajaan Negeri Perak. Keempat-empat perkara itu ialah;
  • Mengadakan semula Hadiah Sastera Perak setiap dua tahun sekali anjuran Kerajaan Negeri dan dikelolakan oleh Karyawan Pk
  • Menubuhkan Kursi Tengku Menteri di UPSI dana asas akan disediakan Kerajaan Negeri
  • Membentuk Institut Penyelidikan Budaya Perak [Perakologi] di UPSI dan Kerajaan Negeri bersedia memberikan dana asas
  • Membeli buku-buku karya Ahli Karyawan Pk sebanyak 10 tajuk seribu naskah setiap satu judul
Karyawan Pk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada YAB Dato' Seri kerana sudi meluluskan permohonan tersebut. InsyaAllah satu rombongan AJK KaryawanPk bersama-sama kertas konsep akan mengunjungi Dato' Seri tidak lama lagi.

3 comments:

  1. Assalmualaikum.

    Alhamdulillah...nampaknya pergerakan sastera di negeri Perak semakin berkembang.

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum:
    Tika persatuan penulis mulai berwajah suram & melangkah lemah ,tetapi KaryawanPK pula semakin menapak aktif dan menunjuk taring, pelan perancangan sentiasa diaktifkan-sokongan padu dari penulis mapan & para penulis tersohor(anak Perak)yg bermastautin di luar Perak sangat memberangsangkan.Semata2 mencintai KaryawanPK,mereka sedaya upaya sanggup menghadirkan diri di setiap aktiviti/mesyuarat agung KaryawanPK...bayangkanlah semangat mereka yg menyayangi KaryawanPK.Iya,justeru itulah KaryawanPk tetap mekar segar di persada dunia kesusasteraan .
    Syabas KaryawanPK. Selangit terima kasih Tuan Haji Zabidin(Presiden KaryawanPK)-kerna Tuan adalah jiwa KaryawanPK.
    Wasalam

    ReplyDelete
  3. PUISI KEPADA KARYAWANPK

    Jalurmu adalah jalur panjang
    dengan ketabahan menjulang semangat
    dengan keberanian membelah langit
    engkau berkolek keikhlasan
    harapan tak pernah terlerai
    menepis duga merempuh perubahan
    engkau tetap memaut kekebalan

    Kekuatan bakal dihayati
    tak terumbang ambing ditengah gelombang
    kerana engkau tak lelah menembusi ombak kecewa
    engkau santun mendakap maruah
    engkau mekar mewangi dunia sastera
    mengawasi keharuman yang mengapung
    melarik mimpi ke arah hakiki.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.