Pameran dan pengisahan khazanah maritim Melaka abad ke-16 berlangsung pada 12 April 2011 di Bilik Gunasama 2, Perpustakaan Utama, UPSI dengan menampilkan "Lelaki Melayu Terakhir" sdr Zainal Md Johan (foto) dari Persatuan Sejarah Negeri Sembilan menghuraikan sejarah artifak purba satu per satu di hadapan seratus pelajar UPSI. Mereka kagum dan teruja menyaksikan artifak yang kebanyakannya berusia melebihi 500 tahun itu dengan buatan halus, berseni serta memilik nilai sejarah yang tinggi. Beberapa artifak seperti jam Panglima Awang (Henry The Black @ Enrique De Malacca), rentaka, teropong jalur lebar, teropong jarak jauh serta keris tempa Melaka 26 lok yang kalis karat mengagumkan.
Presiden Karyawan Pk, Hj Zabidin Hj Ismail dalam ucapan aluan menyatakan bertuah kerana dapat membawa artifak tersebut untuk dipertontonkan kepada generasi baru supaya dapat menimbulkan semangat cintakan sejarah bangsa. Menurut beliau, UPSI merupakan tuan rumah ulung di Perak menerima kunjungan Lelaki Melayu Terakhir dan berharap selepas ini Karyawan Pk akan berusaha membawanya ke TLDM, Lumut sesuai dengan artifak maritim itu.
Hj Zabidin mengelar Zainal Johan sebagai Lelaki Melayu Terakhir kerana dia sentiasa berpakaian Melayu tradisi serta memakai busaneka silam yang sering kita lihat dalam filem purbawara. Busaneka yang dipakai Zainal merupakan pakaian asal orang Melayu dan kini hampir dilupakan oleh bangsanya sendiri kecuali Zainal Md Johan. Oleh sebab itulah Hj Zabidin memberikan gelaran Lelaki Melayu Terakhir kepada Zainal.
Program ini turut dihadiri Pengarah Institut Peradaban Melayu UPSI, Dr Idris Mohd Radzi, Prof Madya Dr Talib Samat (Timbalan Presiden Karyawan Pk), Setiausaha Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO), sdr Tahirruddin Ahmad, Sasterawan Felda, Ramli Daud serta penulis, Ghazali Din.

No comments:
Post a Comment