Kerajaan
diminta menjadikan sastera Melayu sebagai subjek teras di peringkat
menengah dalam usaha menangkis tanggapan bahawa mata pelajaran itu tidak
penting.
Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Madya Dr Abdul Halim Ali berkata
mata pelajaran sastera Melayu yang kini kurang mendapat sambutan di
kalangan pelajar, perlu diberi perhatian serius dalam memastikan ia
tidak dianggap sebagai mata pelajaran kelas kedua.
"Semasa saya
lakukan penilaian di beberapa sekolah, jumlah pelajar yang mengambil
subjek sastera tidak mencapai separuh dan ini satu perkembangan yang
amat tidak baik untuk sistem pendidikan negara.
"Lebih
menyedihkan apabila sastera juga tidak diberi tempat khas untuk
dipelajari sedangkan ia melambangkan peradaban bangsa Melayu dan tanah
air kita," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Mengenai
sikap pelajar kini yang dilihat tidak menunjukkan minat mempelajari
mata pelajaran itu, beliau berkata ia ekoran tanggapan tiada nilai
ekonomi dalam sastera.
"Sastera disifatkan mata pelajaran hanya
untuk pelajar yang lemah selain mereka (pelajar) beranggapan tiada nilai
ekonomi dan kerjaya dalam subjek itu," katanya.
Beliau berkata
sebanyak 59 sekolah berasrama penuh di seluruh negara tidak
mempromosikan sastera kepada pelajarnya, sebaliknya terlalu memfokuskan
kepada penguasaan sains dan teknologi semata-mata.
"Memang sains
dan teknologi itu penting tetapi penguasaan itu tidak lengkap jika
konteks peradaban ditinggalkan dengan entiti pelajar itu kosong dan
tiada nilai dalam usaha memartabatkan peradaban negara," katanya.
Beliau
berkata hanya sekolah integrasi dilihat cuba mengimbangkan peradaban
dan sains kemanusian yang sepatutnya dicontohi dan menjadi pelan tetap
untuk Dialog Nasional Pendidikan Negara.
KEAHLIAN
BORANG KEAHLIAN
SYARAT PENDAFTARAN AHLI:
1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)
2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)
3- Berusia 21 tahun dan ke atas.
4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055
(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )
5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com
(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com
6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.
BORANG KEAHLIAN
Wednesday, August 22, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Karya terkini
| Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad BoestamamAuthor : Zabidin Haji IsmailISBN : 978-983-100-439-5 Year Publish : 2010 Page Number : 160 Category : General | ||
Content Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel. Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik. | |||


No comments:
Post a Comment