Sempena Majlis Pelancaran Buku Menara Condong Teluk Intan (MCTI) karya Zabidin Hj Ismail pada 2 Februari 2013, sesi pengisahan MCTI dan Baca Puisi MCTI turut diadakan. Pengisahan MCTI telah disampaikan oleh penulis merangkap Presiden Karyawan Pk, Zabidin Hj Ismail manakala baca puisi telah disemarakkan oleh penyair dan deklamator Kelab Penyair dan Deklamator GAPENA. Mereka terdiri M Ghozali Pk, Borhan Md Zin, Zainal Abas @ Kasajiza AS, J.Jamal, Onn Abdullah, Sabariah Bahari, Shakirah Rashid, Ijamala MN, Asmira Suhadis, Lily Siti Multatuliana, Othman Rasul, Sallehudin Ibrahim, Norazimah Abu Bakar, Azmi Ismail, Amran Ibrahim Rashidi dan Zabidin Hj Ismail yang membacakan puisi beliau berjudul Teluk Intan Bandar Menara Condong.
KEAHLIAN
BORANG KEAHLIAN
SYARAT PENDAFTARAN AHLI:
1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)
2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)
3- Berusia 21 tahun dan ke atas.
4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055
(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )
5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com
(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com
6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.
BORANG KEAHLIAN
Sunday, February 10, 2013
Lensa Pelancaran Buku Menara Condong Teluk Intan
Lensa Majlis Pelancaran Buku Menara Condong Teluk Intan (MCTI) karya Zabidin Haji Ismail terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di Dataran Menara Condong Teluk Intan pada 2 Februari 2013 jam 9.00 pagi. Pelancaran disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Teluk Intan Tuan Ayob Shahadan Abdul Rani yang mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, YBhg. Dato' Hj Ibrahim Ahmad.
Turut hadir ialah Dato' Hjh Zainon Abu Mansor, Ketua Wanita UMNO Bhg. Teluk Intan, Mantan Ketua Satu Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk- 1996-2002), Ustaz Kamarudin Mohd Dani, Pengerusi Yayasan Koloni Karyawan Amanjaya (PORT), Hj Malim Ghozali Pk., Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Perak, Mohd Yusuf Najmi, dan Timbalan Pengerusi MAPPIM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Jelajah Anak Malaysia peringkat Daerah Hili Perak, Hj Ayob Mohammad termasuk penyair / penulis/ deklamator sajak tanah air seperti Zainal Abas @Kasajiza AS, Borhan Md Zain, Othman Rasul, Ijamala MN, Sabariah Bahari, Ramli Daud, Dr Talib Samat, Onn Abdullah, JJamal, Anuar Mohd Yusof, Shakira Rashid, Sallehudin Ibrahim, Rosimah Buyong, Azmi Ismail, Norazimah Abu Bakar, Amran Ibrahim Rashidi, Asmira Suhadis serta penyair Jakarta, Dr. Hjh Lily Siti Multatuliana dan Kelab Penyair dan Deklamator GAPENA.
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) turut hadir mempamer serta menjual buku MCTI dengan mendapat sambutan hangat sekali.
Monday, January 28, 2013
MAJLIS PELANCARAN BUKU DAN BACA PUISI MENARA CONDONG TELUK INTAN
Majlis Pelancaran Buku dan Baca Puisi Menara Condong Teluk Intan akan diadakan pada 2 Februari 2013 jam 9.00 pagi di Dataran Menara Condong. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Dato Hj Ibrahim Ahmad dijangka akan melancarkan buku Menara Condong Teluk Intan (MCTI) karya Zabidin Hj Ismail terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) merupakan bahan dokumentasi berbentuk buku pertama dihasilkan mengenai Menara Condong yang telah berusia 127 tahun itu.
Selain pelancaran, program akan dimeriahkan oleh bacaan puisi Menara Condong oleh beberapa penyair terkenal tanah air seperti Dr Ahmad Razali, Ahmad Sarju, Kasajiza AS, Malim Ghozali Pk, Ijamala MN, Onn Abdullah serta turut mengambil bahagian ialah Kelab Penyair dan Deklamator GAPENA yang terdiri dari Azmi Ismail (Juara Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan 2012) dan Norazimah Abu Bakar.
Di samping itu sebelum pelancaran buku, Presiden Persatuan Karyawan Perak yang juga pengarang buku tersebut, Zabidin Hj Ismail akan mengisahkan sejarah MCTI yang telah dibina pada tahun 1885 itu.
Menyentuh tentang penerbitan buku tersebut, Zabidin mengambil masa dua belas tahun menyelidiki sejarah menara itu ketika beliau bertugas di Jabatan Penerangan Teluk Intan (1989-2002). Buku itu mengandungi lapan bab yang antara lain berkaitan sejarah pertukaran gelaran "Jam Tinggi" kepada "Menara Condong" serta bab perihal Menara Condong Teluk Intan disifatkan menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.
Beliau yang kini berkhidmat di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia di Putrajaya berharap buku tersebut dapat dijadikan bahan promosi agar Menara Condong Teluk Intan dikenali ramai di peringkat antarabangsa dan di waktu yang sama dapat menarik para pelancong berkunjung ke Malaysia dan Teluk Intan. Kepada peminat buku, ITBM akan mengadakan jualan langsung MCTI di tapak program.
Program yang terbuka kepada awam ini dapat mengembalikan ingatan silam terhadap majlis "Malam Puisi Menara Condong" pada 10 Disember 1994 yang mencatatkan sejarah apabila Pegawai Daerah Hilir Perak, Mustapha Saat (kini; Dato') mengisytiharkan bangunan purba itu sebagai Menara Condong Teluk Intan" sekali gus meletakkannya sebagai menara condong kedua di dunia.
Tuesday, January 1, 2013
Cerita rakyat Perak akan dibukukan

Hamidah Osman (empat dari kiri)
bersama penulis-penulis buku pada majlis Pelancaran 30 Buku Penulis Perak
sempena Pesta Buku Perak 2012 di Mydin Hypermarket Meru Raya, Ipoh, semalam.
IPOH 30 Dis. - Kerajaan negeri melalui
Tourism Perak akan membukukan lebih 100 cerita rakyat dari 10 daerah di negeri
ini untuk dijadikan bahan rujukan kepada pelancong dalam dan luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Industri,
Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita,
Datuk Hamidah Osman berkata, koleksi cerita rakyat yang dikumpul oleh mahasiswa
Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dijangka diterbitkan awal tahun depan.
"Kita sudah ada semua bahannya
cuma untuk dicetak dalam bentuk buku dan diedarkan secara percuma. Persatuan
Karyawan Perak juga telah mengedit dari segi bahasanya.
"Untuk cetakan pertama, kita
akan buat dalam 15,000 naskhah dan kita merancang memasukkan kompilasi cerita
rakyat membabitkan komuniti Cina dan India bagi penerbitan seterusnya," katanya
selepas menyempurnakan majlis penutup Pesta Buku Perak 2012 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANP), Mohamad Nazari Abdul Hamid
dan Presiden Persatuan Karyawan Perak, Zabidin Hj. Ismail.
Pesta buku anjuran PPANP yang
berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu berjaya menarik kira-kira
30,000 pengunjung.
Sempena majlis tersebut, Hamidah
turut melancarkan 25 buku pelbagai genre hasil karya penulis negeri Perak.
Dalam pada itu, Hamidah berkata,
sebuah galeri sudut kekal di Perpustakaan Awam Negeri akan dibuka bagi
menempatkan buku-buku karya penulisan anak Perak berserta biografinya.
Sehubungan itu katanya, pihaknya
akan menyumbang dana sebanyak RM10,000 untuk pembelian buku-buku penulis Perak
bagi ditempatkan di galeri berkenaan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121231/dn_23/Cerita-rakyat-Perak-akan-dibukukan#ixzz2GiKtYmlP
© Utusan Melayu (M) Bhd
Wednesday, November 7, 2012
Kepergian sahabatku, Azim Saleh
Waktu
akhir-akhir ini
aku
sering teringat sahabat ku ini, Azim Saleh
yang sudah
lama tidak mendengar khabar beritanya
beberapa
kali aku hantar mesej sms tidak berjawab juga
ada dia
beritahu dahulu dia sakit jantung
semasa aku
bermalam di rumahnya di Rembau, bersama aku sekeluarga
sambil
memerhati Gunung Datuk yang berkabus di pagi hari
sungguh
banyak kenangan bersama-samanya
termasuk menyelenggarakan buku puisi Tsunami: Rakaman Sejarah Ngeri
juga
pernah ke Johor Bahru
menghadiri suatu konvensyen perpaduan Melayu
dengan
menaiki kereta Lotfi lsmail
sambil
berbual-bual dan bergurau senda
tiba-tiba
pada jam 12.20 malam Khamis, 7 November 2012
aku terima
panggilan telefon
daripada anak lelakinya
tentang
berita sedih kematian bapanya, Azim Saleh
atau
nama sebenarnya Salehuddin Ghazali yang sebaya
denganku
lima puluh
tiga tahun berlalu
hilang sudah
seorang lagi sahabat ku yang akrab
semasa aku merantau di Kuala Lumpur dan di Tanjong Malim
aku teringat
lagi dan masih basah dalam ingatan ku
dialah
yang menerbitkan buku drama ku; Subuh
semasa dia
bertugas di Kharisma Publications
dan juga
kenangan lain sewaktu berkunjung ke Kuala
Kangsar
pada tahun
1987
sewaktu
sama-sama menaiki kereta api ke Kuala Kangsar
berkhemah
sastera di tepi Sungai Perak
dan terlalu
banyak kenangan lain
yang penuh
suka duka dan pahit getir
semoga rohnya
ditempatkan bersama golongan orang yang beriman
dan
dimasukkan ke dalam syurga
al-Fatihah!
Talib Samat
Tanjong
Malim, Perak
7 November 2012
Thursday, October 11, 2012
Penerbitan Karyawan Pk terkini
ISBN 978-967-5887-02-5
Harga: RM30 termasuk belanja pos
Tempahan boleh dibuat melalui sms ke talian: 012-5070513
sertakan alamat untuk penghantaran. Bayaran salurkan ke akaun CIMB 08021261220523
Sinipsis:
Harga: RM30 termasuk belanja pos
Tempahan boleh dibuat melalui sms ke talian: 012-5070513
sertakan alamat untuk penghantaran. Bayaran salurkan ke akaun CIMB 08021261220523
Sinipsis:
Etnik Rao (Rawa) merupakan salah satu suku Melayu yang telah banyak
menyumbangkan jasa dan kepakaran mereka kepada tamadun negara. Etnik ini mula berhijrah dari Sumatera Barat,
Indonesia ke negara ini semenjak kurun ke-5 Masihi kerana merantau dan
berdagang. Tetapi apabila berlaku Perang Paderi 1816-1833 di Rao, ramai
penduduknya melarikan diri ke Tanah Melayu kerana tidak tahan menghadapi
keperitan hidup di bawah pemerintahan penjajah Belanda. Apatah lagi Raojatuh ke
tangan Belanda, pejuang dan pendekar perangnya diburu dan diseksa menyebabkan mereka
meninggalkan tanah Rao mencari tempat perlindungantermasuk ke Tanah Melayu. Di
Malaysia, diaspora Rao terdapat di beberapa tempat tertentu seperti di Perak,
Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Johor.Justeru penulisan buku Biografi Tokoh Rao: Sumbangan dan Jasa Terhadap Pembangunan Malaysia
merakamkan biografi ringkas yang meli puti ketokohan, sumbangan serta peranan
yang dimainkan oleh 33 personaliti etnik ini dalam mengangkat tamadun sebuah
negara bangsa. Hakikatnya, buku ini adalah sebuah dokumentasi penting kepada
pengkaji yang ingin mengenali lebih dekat terhadap peranan dan sumbangan etnik
Rao di Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Karya terkini
| Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad BoestamamAuthor : Zabidin Haji IsmailISBN : 978-983-100-439-5 Year Publish : 2010 Page Number : 160 Category : General | ||
Content Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel. Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik. | |||






































