KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Saturday, July 24, 2010

Seminar Nakhoda Mohamad Taib Pemerintah Jajahan Dindings


22/07/2010 7:48pm

LUMUT – Satu seminar mengenai ketokohan pahlawan Melayu yang juga tokoh maritim terbilang, “Nakhoda Muhammad Taib” akan diadakan di pantai Teluk Senangin, Segari dekat sini Sabtu ini.

Seminar itu dianjurkan khusus bagi memperingati jasa pahlawan maritim, pentadbir, pedagang dan pejuang Melayu silam itu, supaya ia tidak dilupai oleh generasi sekarang.

Program sehari itu merupakan anjuran bersama Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Bandar Raya Ipoh (Pintar) serta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dengan kerjasama Yayasan Perak, Kerajaan Negeri Perak dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Urus setia seminar, Harifuddin Kamarudin berkata, orang ramai terutama peminat sejarah seluruh negara dijemput menyertai seminar sehari yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang itu, yang akan menyaksikan pembentangan 17 kertas kerja. Antaranya bertajuk "Legasi Nakhoda Mohamad Taib dalam perspektif pelancongan" oleh Hj Zabidin Hj Ismail, Presiden Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk].

Katanya pada sebelah malam, para peserta akan berpeluang menyaksikan persembahan puisi perjuangan Nakhoda Muhammad Taib oleh pelajar UPSI dan penduduk setempat.

Beliau berkata Nakhoda Muhammad Taib pernah dianugerahkan surat kuasa oleh Sultan Perak ke-23, Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1856 untuk memerintah Jajahan Kuala Sepit di Manjung. – Bernama

1 comment:

  1. Salam tuan blog, mintak izin nk promote brg sket blh tak? Saya rasa produk ni patut dimiliki oleh semua orang, terutama untuk tolong bangsa kita yang masih ramai xdpt pergi universiti kerana xcukup duit. Sdr Anwar Yassin telah bersusah payah menghimpunkan himpunan lebih 40 biasiswa yang boleh dimiliki di Malaysia, dgn harapan lebih ramai orang dapat masuk universiti, terutama dari kawasan luar bandar. Saya ada menjual panduan beliau di blog saya. Harap dapat sebarkan..kalau dapat buat entri sket yg ringkas lagi bagus.. hehe.. Semoga usaha kita yg sedikit ini diberkati Allah. Boleh layari rahsiabiasiswa.blogspot.com.. Terima kasih, maaf kalau mengganggu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.