
Dijemput semua ahli-ahli Karyawan Pk menghadiri majlis
"Santai Puisi" dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke- 8
(usia ke-20) bertempat di Persisiran Sayong, Kuala Kangsar jam 10.00 pagi pada 10 Mac 2012.
Sambil menguyah puisi, anda juga bakal menjamah Laksa Kuala Kangsar yang terkenal lazat.
Antologi edisi khas "Suara Kita" akan diedarkan kepada tetamu untuk dideklamasikan semasa program.
Persisiran Sayong di sungai tenang
Nampak indah tenteram di hati
Tuan datang tetap dikenang
Meletak madah di rumpun budi.
Mohon kerjasama untuk mengesahkan kehadiran atau jika ingin menyumbangkan idea atau kuih muih tradisional Perak sila hubungi setiausaha atau penyelaras program ( Sallehuddin Haji Ibrahim ) 014-2571009
ReplyDeletesalam...ada majlis kenang jasa atau penyampaian sumbangan kepada balu allahyarham penyair Zahari Hasib ke?
ReplyDelete