KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Sunday, May 1, 2011

Kereta api jadi tempat membaca





oleh Saifullah Ahmad, Sinar Harian, Edisi Perak-2.5.2011

IPOH - Kereta api kini bukan pengangkutan awam semata-mata sebaliknya ia menjadi tempat membaca yang unik pada masa akan datang.

Presiden Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk), Zabidin Hj Ismail berkata, pihaknya memilih kereta api sebagai tempat program bagi memberikan kelainan dalam program-program melibatkan pembacaan.

Menurutnya, kelainan yang dicipta itu merupakan salah satu usaha Karyawan Pk bagi menarik minat pelbagai peringkat usia untuk membaca.

“Kita mahu minat membaca ini meningkat khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Sebab itulah kelainan ini dibuat.

“Kereta api sekarang ini sangat selesa. Jadi kami mahu sementara menunggu untuk sampai ke destinasi, mereka mengisinya dengan aktiviti membaca,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis Pelancaran Kembara Ilmu Siri Kedua oleh Pengurus Besar Yayasan Perak, Datuk Abdul Jamil Mat Kasa di Dewan di Stesen Kereta Api Ipoh, semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah program berkenaan, Sallehuddin Ibrahim dan Pengurus Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh, Sallehuddin Tajuddin.

Beliau berkata, pihaknya sangat gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh KTM untuk program berkenaan.

Menurutnya, seramai 20 keluarga terlibat dalam program itu yang bergerak menuju Kuala Lumpur bagi memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Pada masa akan datang kita akan melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan penulis yang lain untuk program seperti ini yang akan kita adakan setiap tahun.

“Selepas ini kita akan penuhkan keseluruhan gerabak kereta api ini dengan rombongan dari Perak ke Kuala Lumpur sempena pesta buku,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Stesen KTM Ipoh, Sallehuddin Tajuddin berkata, pihaknya mengalu-alukan program bermanfaat seperti itu.

Katanya, KTM akan terus memberikan sokongan untuk program-program membaca bagi memastikan tahap pembacaan rakyat Malaysia meningkat.

Saturday, April 23, 2011

PNM Sedia Dana RM2 Juta Bantu Penulis Terbit Sendiri


23 April, 2011 20:07 PM

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Penulis buku tempatan kini boleh memohon modal untuk memulakan penerbitan dari Dana Penulis yang disediakan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) berjumlah RM2 juta.

Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar berkata dana itu diberikan kepada penulis yang menghasilkan karyanya seratus peratus.

"Penulis boleh menghantar terbitan mereka kepada PNM, jawatankuasa yang telah diwujudkan akan menilai buku-buku itu berpandukan syarat yang telah ditetapkan," katanya ketika ditemui pemberita pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.

Beliau berkata penulis yang layak bakal menerima RM25,000 dan PNM akan membeli serta mengedarkan buku tersebut kepada perpustakaan desa di seluruh negara.

Raslin berkata buku yang akan dihasilkan mestilah menepati serta bersesuaian dengan masyarakat luar bandar.

Beliau berkata dana itu diwujudkan bagi menggalakkan penulis menghasilkan lebih banyak buku berikutan statistik penerbitan menunjukkan penurunan.

"Pada tahun 2008, sebanyak 16,044 naskhah direkodkan di PNM, manakala pada tahun 2009 jumlah penerbitan agak menurun sedikit kepada 15,767 naskhah, dan pada tahun 2010 sebanyak 15,756 naskhah," katanya.

Raslin berkata jika dana itu mendapat sambutan yang baik daripada penulis tempatan, ia mungkin diteruskan pada masa akan datang.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan tiga buku iaitu 'Yang Hilang dan Yang Datang' karya Datuk Khairuddin Arshad, 'Cancer: Causes, Cure and Preventive' karya Dr V.M. Palaniappan dan '1Sudoku: Centerpiece 1' karya Lim Teck Guan.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC bermula Jumaat dan berakhir 1 Mei ini.

-- BERNAMA

Wednesday, April 13, 2011

Artifak maritim purba mengagumkan pelajar UPSI

Pameran dan pengisahan khazanah maritim Melaka abad ke-16 berlangsung pada 12 April 2011 di Bilik Gunasama 2, Perpustakaan Utama, UPSI dengan menampilkan "Lelaki Melayu Terakhir" sdr Zainal Md Johan (foto) dari Persatuan Sejarah Negeri Sembilan menghuraikan sejarah artifak purba satu per satu di hadapan seratus pelajar UPSI. Mereka kagum dan teruja menyaksikan artifak yang kebanyakannya berusia melebihi 500 tahun itu dengan buatan halus, berseni serta memilik nilai sejarah yang tinggi. Beberapa artifak seperti jam Panglima Awang (Henry The Black @ Enrique De Malacca), rentaka, teropong jalur lebar, teropong jarak jauh serta keris tempa Melaka 26 lok yang kalis karat mengagumkan.

Presiden Karyawan Pk, Hj Zabidin Hj Ismail dalam ucapan aluan menyatakan bertuah kerana dapat membawa artifak tersebut untuk dipertontonkan kepada generasi baru supaya dapat menimbulkan semangat cintakan sejarah bangsa. Menurut beliau, UPSI merupakan tuan rumah ulung di Perak menerima kunjungan Lelaki Melayu Terakhir dan berharap selepas ini Karyawan Pk akan berusaha membawanya ke TLDM, Lumut sesuai dengan artifak maritim itu.

Hj Zabidin mengelar Zainal Johan sebagai Lelaki Melayu Terakhir kerana dia sentiasa berpakaian Melayu tradisi serta memakai busaneka silam yang sering kita lihat dalam filem purbawara. Busaneka yang dipakai Zainal merupakan pakaian asal orang Melayu dan kini hampir dilupakan oleh bangsanya sendiri kecuali Zainal Md Johan. Oleh sebab itulah Hj Zabidin memberikan gelaran Lelaki Melayu Terakhir kepada Zainal.

Program ini turut dihadiri Pengarah Institut Peradaban Melayu UPSI, Dr Idris Mohd Radzi, Prof Madya Dr Talib Samat (Timbalan Presiden Karyawan Pk), Setiausaha Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO), sdr Tahirruddin Ahmad, Sasterawan Felda, Ramli Daud serta penulis, Ghazali Din.


Monday, March 21, 2011

Pameran dan Pengisahan Khazanah Maritim Melaka Abad ke-16







Karyawan Pk bersama UPSI akan mengadakan Pameran dan Pengisahan Khazanah Maritim Melaka Abad ke-16 di Bilik Guna Sama, Tingkat 4, Perpustakaan Utama,UPSI pada 12 Mac 2011 jam 9.00 pg. Sdr Zain Al Johan dari Persatuan Sejarah Negeri Sembilan akan menyampaikan pengisahan khazanah purba kepunyaan Laksamana Tun Tuah, Laksamana Cheng Ho dan Panglima Awang @Henry The Black. Pada 19 Mac 2011 Hj Zabidin Hj Ismail, Presiden Karyawan Pk., Timbalan Presiden Karyawan Pk., Dr Talib dan Azim Saleh berkunjung ke Serambi Astana di Astana Raja, Kota, Negeri Sembilan berbincang dan meneliti khazanah purba simpanan Zain Al Johan yang masih sempurna termasuk cangkir yang memaparkan wajah Puteri Hang Lipo.

Antara khazanah yang pasti menarik pengunjung ialah cakera kompas bertulis jawi diperbuat drp tembaga tunjuk arah mata angin dalam enam keping kepunyaan Panglima Awang diperbuat pada tahun 1522 Masehi amat mengagumkan. Khazanah Panglima Awang yang lain ialah teropong jauh, teropong jalur lebar serta sebutir jam berlatar kapal trinidad (salah sebuah kapal layar rombongan Ferdinand Magallen mengelinggi dunia bersama Panglima Awang) yang dikatakan jam pertama di dunia.



Wednesday, March 16, 2011

Panel bebas Interlok tumbang, ahli India tarik diri


Jimadie Shah Othman
Mac 16, 11
6:53pm

Kemelut sekitar Interlok dilihat makin sukar diselesaikan apabila panel bebas yang mengkaji cadangan pindaan novel kontroversi itu kehilangan semua wakil daripada masyarakat India.

indian plight forum 391106 uthaya shankarDalam mesyuarat susulan mereka di parlimen selepas bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, ketiga-tiga wakil India dalam panel itu memilih berundur daripada badan yang dibentuk kerajaan itu.

Menurut penulis Uthaya Shankar SB, tindakan itu diambil setelah mendapati anggota penel lain berubah fikiran dengan menolak satu demi satu daripada kira-kira 100 pindaan yang dicadangkan mereka.

"Jadi, kami rasa dikhianati," katanya sambil menegaskan perkara itu sudah pun disepakati dalam perbincangan mereka sebelum ini.

Panel Interlok cadang gugur perkataan paria


Oleh Jimadie Shah Othman, Mac 16, 1111:55am (Malaysiakini)



Panel bebas yang mengkaji novel Interlok mencadangkan supaya perkataan "paria" dalam karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain digugurkan. Bagaimanapun, sebab penggugurannya bukan atas alasan sensitif, sebaliknya kerana mempunyai kesalahan fakta.

"Dalam konteks novel, (watak) Maniam bukan paria. Dia ada tanah beberapa ekor lembu dan rumah.

"Pada tahun 1910 (yang menjadi latar novel), mustahil golongan paria ada benda-benda ini," kata penulis Uthaya Sankar SB yang mengganggotai panel yang dibentuk kerajaan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Uthaya menjelaskan, cadangan itu disepakati setelah tiga kali panel bersidang dan berbincang dengan tidak emosional."Selama ini kita dengar orang kata ia sensitif sahaja dan (mereka) tidak berhujah secara rasional," kata pemenang Hadiah Sastera Perdana itu.

Uthaya yang juga presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan - persatuan tunggal untuk penulis India yang berkarya dalam bahasa Malaysia - memberitahu, cadangan pindaan itu mengambil kira aspek penggunaan bahasa, kesalahan fakta dan sensitiviti kaum.Bahagian Melayu, Cina juga diteliti.

Sehubungan itu, tambahnya, beberapa kesalahan tatabahasa dicadangkan dibetulkan dan bahagian sensitif, termasuk yang menyentuh masyarakat Melayu dan Cina turut dicadang dibuang. Antaranya, dalam bahagian di mana watak Chin Huat terfikir hendak menjual anak perempuan sendiri kerana kesempitan hidup dan babak Musa gembira dapat menipu guru besar bagi mengelakkan anaknya disekolahkan."

Pada mulanya memang kita hendak teliti bahagian berkenaan kaum India sahaja, tetapi dah alang-alang (kaji), kita lihat juga bahagian lain," katanya.

Laporan kira-kira 30 halaman itu kini sudah diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pada Jumaat ini.Dalam perkembangan perkaitan, difahamkan panel yang diketuai oleh pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Shamsul Amri Baharuddin dijadual bertemu Muhyiddin yang juga menteri pelajaran dan sesi tertutup di parlimen awal petang ini.

Anggota lain penal itu termasuk Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Termuzi Abdul Aziz, Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Datuk Zainal Abidin Borhan; Prof Madya Dr Lim Swee Tin dari Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran, G Krishnabahawan.

Wednesday, February 16, 2011

Panel Perakuan Pindaan Novel Interlok Dalam Sebulan


PUTRAJAYA: Panel bebas mengkaji pindaan novel, Interlok, menjangkakan untuk mengemukakan perakuan kepada kerajaan mengenai bentuk pindaan terhadap novel itu dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Pengerusi panel bebas itu, Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, berkata pihaknya akan mengadakan satu atau dua lagi mesyuarat sebelum mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada lapan anggota panel berkenaan mengenai perkara itu.

"Tiada tempoh yang ditetapkan tetapi kita mahu cepat kerana perkara ini tidak boleh lama sangat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama panel bebas itu di Kementerian Pelajaran di sini pada Rabu.

Pada 27 Jani lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, mengumumkan bahawa novel Interlok akan terus digunakan sebagai teks komponen sastera (Komsas) bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan Lima di Zon 2 iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan, walaupun terdapat bantahan mengenai beberapa istilah dalam buku itu.

Kerajaan bersetuju untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India dalam novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu.

Selain Shamsul Amri, yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), panel itu turut dianggotai isteri penulis novel berkenaan, Datin Siti Saroja Basri.

Yang lain termasuk Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka), Datuk Termuzi Abdul Aziz; Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Datuk Zainal Abidin Borhan; Prof Madya Dr Lim Swee Tin dari Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran, bekas pegawai Kementerian Pelajaran, G.Krishnabahawan dan penulis, Uthaya Sankar.

Mengenai mesyuarat itu, Shamsul Amri berkata kesemua anggota panel bebas itu sebulat suara bersetuju bahawa tidak timbul sebarang buruk sangka terhadap penulis novel berkenaan.

Beliau berkata panel itu bersetuju bahawa penulis novel itu perlu dihormati dan integritinya dipertahankan.

"Perbincangan hari ini berjalan dengan baik dengan semangat serta muhibah untuk mencari penyelesaian dan kejernihan terhadap isu ini," katanya. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.