KEAHLIAN


BORANG KEAHLIAN

SYARAT PENDAFTARAN AHLI:

1- Seorang penulis (karya pernah diterbitkan)

2- Lahir di Perak / bermastautin di Perak (k/p:08)

3- Berusia 21 tahun dan ke atas.


4- (* Sila buat pembayaran RM55.00 (Yuran ahli seumur hidup & pendaftaran) ke akaun MAYBANK: 558314425055

(Sertakan bukti pembayaran ke: karyawanpk@gmail.com )

5- Emelkan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

(Borang permohonan hanya akan diproses setelah disertakan bukti pembayaran dan gambar passport ke alamat emel: karyawanpk@gmail.com

6- Saya berjanji akan mematuhi perlembagaan persatuan dan bersedia mengikuti perkembangan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) dari semasa ke semasa.


BORANG KEAHLIAN

ADAKAH ANDA BERSETUJU: SETUJU
TIDAK BERSETUJU
NAMA PENUH (* SEPERTI DI DALAM KAD PENGENALAN):
GELARAN:
NAMA PENA (*JIKA ADA):
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
POSKOD:
ALAMAT EMEL:
NOMBOR KAD PENGENALAN:
TARIKH LAHIR:
TEMPAT LAHIR:
JANTINA: LELAKI
PEREMPUAN
STATUS PERKAHWINAN: BERKAHWIN
BERCERAI
BUJANG
ALAMAT BLOG/LAMAN WEB (JIKA ADA):
AKADEMIK:
BIDANG PENULISAN:
KARYA YANG PERNAH DITERBITKAN:

Put a website form like this on your site.

Tuesday, June 21, 2011

Wacana merungkai yang tersirat dan yang tersurat dalam SBDJ






oleh Ishak Mohamad

KEMARIN, 20 Jun 2011 khalayak seni berkumpul lebih 8 jam di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak di Jalan Raja Di Hilir, Ipoh. Pertemuan ini yang dihadiri lebih kurang 500 peminat sastera tanahair – dari Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan, adalah bagi mengikuti Wacana Siri Bercakap Dengan Jin dan mengenali penulisnya yang selama ini – selama 30 tahun berdiam dan tidak pernah mendedahkan dirinya yang sebenar!

Pertemuan ini berakhir lebih kurang jam 6.30 petang, namun darinya bercambah selingkar fikir yang tiada hentinya.

Tahniah kepada Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk] yang telah mengenengahkan Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) sebagai karya kreatif Melayu tersohor. Pembentang kertas kerja telah membenarkan dan memperakukan bahawa karya yang telah digarap dan bersiaran paling lama dalam majalah – selama 23 tahun 6 bulan – mengandungi 284 siri, telah dibukukan dalam 16 jilidan dan dicetak serta dijual melebihi sejuta naskhah!
Haji Zabidin Haji Ismail (Presiden Persatuan Karyawan Perak), Mohamad Paris Arshad (Pensyarah Institut Pendidikan Guru Hulu Kinta), Dr Bazrul Bahaman (UPSI), Dr Shaharudin Shaari (Pensyarah Institut Pendidikan Guru Hulu Kinta), Prof Madya Dr Talib Samat (UPSI), Dr Mohd Affandy Yusof (USM) – sekadar menyebut beberapa nama, semuanya mengakui bahawa SBDJ adalah sebuah karya yang hebat. Ianya bukan sekadar garapan kisah misteri alam bunian dan jin, tetapi ia berpaksi kepada ketuhanan yang maha esa dalam menyoroti kisah benar kehidupan dan sejarah bangsa Melayu dalam pengembaraan yang penuh dengan falsafah, psikologi sosio budaya, petua, perubatan tradisional, seni persilatan, kebatinan dan perburuan.
Presiden Persatuan Karyawan Perak dalam nukilannya pada buku cenderamata, mengatakan: Karya ini (SBDJ) digarap bercirikan sastera genre memoir dengan pendekatan autobiografi yang mampu menarik perhatian pembaca dalam menghayati rentetan persitiwa melalui ‘orang pertama’ iaitu Tamar Jalis bersama ‘datuk’nya Kulup Muhamad Diah atau Long Mat Piah.

Setinggi-tinggi tahniah perlu diberikan kepada presiden Karyawan Pk, Haji Zabidin Haji Ismail yang kerana usahanya sejak lebih 10 tahun lalu, berjaya menyakinkan penulis yang selama ini berselindung di sebalik nama Tamar Jalis, mahu dan bersedia menampilkan diri di khalayak peminat.

Tamar Jalis analah nama pena bagi Ahmad Mahmud, seorang penulis kelahiran Beruas, Perak. Penulis ini juga biasa berselindung disebalik nama Ramadan A.M. dan Atma A.M.

Saya biasa berkesempatan menyaksikan dan menemani Tamar Jalis menulis SBDJ Siri cerita ini telah berjaya meningkatkan jualan Majalah Variasari sehingga 120 ribu naskhah sebulan pada tahun-tahun pertengahan 1980-an. Pada ketika itu lagi, ruangan Cakap Apa Saja majalah berkenaan sering menyiarkan permintaan agar Tamar Jalis mahu menampilkan diri.

Tamar Jalis menulis kerana dunianya adalah menulis. Dalam tulisannya, dakwah adalah pengisian dan jati diri bangsanya sebagai Melayu terlihat dalam hamparan alam Melayu termasuk dengan segala pepatah petitih dan segala macam budayanya.

Tamar Jalis seorang yang diam dan tidak banyak bercakap. Sebab itu dia berjaya menyembunyikan diri buat sekian lama. Namun penampilannya kemarin adalah sangat berarti dan memberi makna kepada kesederhanaan diri seorang insan.

Kalau dulu saya melihat dan biasa menemani Tamar Jalis berkarya, kemarin saya melihat nama Tamar Jalis dan diri Ahmad Mahmud dijulang. Waktu pengacara menghebahkan bahawa SBDJ telah dijual melebihi sejuta naskhah diikuti dengan makluman bahawa Ahmad Mahmud bertugas di majalah ini sebagai Ketua Pengarang, saya dapat merasakan bahawa dia cukup berpuas hati dengan hadiah melancung dan mengerjakan umrah yang diterimanya bagi karyanya ini. Ini kesederhanaan. Alhamdulillah.

Pada masa yang sama saya melihat maksud Karyawan Pk. Persatuan ini sebenarnya bukan sahaja mahu memperkenalkan Tamar Jalis sebagai tokoh penulis yang berasal dari negeri Perak tetapi ia sebenarnya mahu mengangkat nilai karya dan karyawan itu sendiri ke persada jaya.

Penulis, lebih-lebih lagi yang memulakan zamannya pada era sebelum merdeka, memang tidak pernah mengangan-angankan kemasyhuran apalagi kekayaan. Bagi mereka, cukuplah sekadar dengan menulis, asal saja menulis itu dapat memberikan kepuasan. Penulis seperti ini tidak pernah termimpi dengan sanjungan dan pujian.

Beberapa ketika dalam wacana berlangsung, Tamar Jalis membisikkan kepada saya, “Betulkah apa yang Abang Mat lalui ini, Sahak?” Ada masa dia sebut, “Abang Mat tak bermimpikah, Sahak?” Dan amat mengharukan saya bila dia menuturkan. “Abang Mat tak pernah terfikir karya Abang Mat dihargai setinggi ini!”

Sebab itu saya ucap setingg-tinggi tahniah kepada Karyawan Pk. Karyawan Pk berfikir merentasi dan melampaui zamannya. Karyawan Pk melalui kegiatan seninya ini mengatakan bahawa karya seni walau bagaimana baik sekalipun jika tidak dipromosi dengan betul, karya itu akan tenggelam sia-sia sahaja. Karyawan Pk juga amat memahami dunia mereka: orang seni tidak boleh hidup hanya dengan penghargaan dan terima kasih sebab terima kasih yang menggunung pun tidak boleh dijual bagi guna membeli kertas dan pensil untuk menulis. Inilah realiti yang saya fikir Karyawan Pk akui. Dan ini memanglah benar seperti benar kata Pak Samad Said (Sasterawan Negara) kepada saya suatu hari dalam tahun 1990 di kantin Tingkat 4 Bangunan KWSP Jalan Raja Laut:

“Saya hidup dengan menulis. Dengan menulis saya menyara kehidupan keluarga saya. Namun saya dibayar seperti peminta sedekah. Sebab itu saya cadangkan agar Ishak mencari ilmu menjual buku sepertimana Mamak buat roti dan menjualnya sendiri. Insya-Allah suatu masa boleh menjadi penerbit dan membayar saya dengan baik agar saya dapat rasa hidup selesa seperti orang lain.”

SBDJ telah ditulis sekian lama, dan sampai kini masih bersiaran di majalah yang sama. Kata Presiden Karyawan Pk, karya ini mengungkapkan kekuatan Melayu, kehidupan Melayu, jati diri bangsa Melayu dan ianya adalah sebuah karya yang mampu berdiri sebagai karya Melayu!

Saya melihat ungkapan di atas sebagai kesungguhan usaha meminta semua pihak memberi perhatian terhadap orang seni dan karyanya, sebab orang seni tak boleh hidup dan tak mampu berkarya dengan hanya terima kasih atau melancung. Orang seni perlu diberi jiwa supaya menjadi perkasa dan dapat mensesuaikan diri dengan kehidupan di masa kini!

Bukanlah berlebihan jika saya katakan bahawa SBDJ mempunyai penggemar dari seluruh nusantara. Adalah benar, umum mengetahui bahawa SBDJ adalah sebuah kisah misteri. Kenyataannya, karya ini digarap tanpa henti sejak 1981. Adalah juga benar lebih sejuta naskhah telah dijual – ini tidak termasuk yang dicetak rom[pak! Sarjana mengakui, ini adalah garapan nilai hidup, budaya dan falsafah bangsa Melayu. Dengan demikian, tidakkah cukup kekuatan untuk kita julang karya ini sehingga paling tidak satu jilidannya mampu dijadikan teks bagi pengajian sastera peringkat SPM dan STPM? Atau sebuah kajian untuk pelajar universiti?

Inilah cara menghidupkan penulis. Karya besar perlu diangkat setimpal nilainya. Saya yakin, dengan sedikit suntingan teliti, senaskhah SBDJ mampu diangkat sebagai teks pengajian sastera Malaysia.

Kita juga berharap, YB Dato’ Zainol Fadzi Haji Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Negeri Perak yang turut hadir dan berucap merasmi tutup Wacana Siri Bercakap Dengan Jin yang juga sejak sekian lama turut tersentuh dengan garapan SBDJ, akan dapat berbuat sesuatu melebihi jangkauan terima kasih sebagai perjuangan memperkasa orang seni.

3 comments:

  1. Jika kita sbg warga malaysia khususnya melayu sendiri tidak menjulang dan mengangkat karya anak watan seperti TJ ini,siapalah lagi yg akan menjulangnya?saya sgt bersetuju agar karya TJ dijadikan teks bagi pengajian bahasa melayu krn garapan nilai-nilai murni (termasuk dakwah) yg terkandung didlm SBDJ ini terlalu banyak disamping pengisian secara ilmiahnya yg menambat hati utk terus membacanya.Ia sebenarnya sebuah karya mistik yg agung dan tersohor pernah saya baca mengalahkan mana2 karya mistik didalam atau luar negara.Saya seorg penggemar novel mistik.Saya mampu menilainya.

    ReplyDelete
  2. Teruja dengan wacana ini. Misteri siapa Tamar Jalis sudah diketahui. Banyak lagi misteri karya beliau akan dibongkarkan. Banyak peminat nak tahu. Tahniah sekali lagi kepada penganjur.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan Wacana SBDJ khasnya Tuan Ishak Mohamad yang mengulas apa yang berlaku.Tulisan ini wajar dibaca dan disebarluaskan. Dicadangkan tuan menghantar salinan ke ruangan Sorotan majalah Dewan Sastera atau Majalah Jendela DBPWU.
    Bersetuju dan teringat pesanan Pak Samad tentang kepentingan kerjasama penulis dan penerbit dan ini dibuktikan oleh tokoh perbukuan masa kini iaitu Puan Ainon Mohd @ PTS.
    InsyaAllah saya akan mendekatui karya TJ dan secara jujur diakui saya "tertinggal" dengan perkembangan yang sedang dilalui oleh TJ dan SBDJ. Sekali lagi tahniah kepada yang telah berjuang dan teruskan perjuangan memartabatkan ilmu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Karya terkini

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: RM 35.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.